Review OISO Korean Traditional Cuisine & Cafe

Bagi peminat makanan Korea, saya cadangkan kepada anda untuk mencuba makanan yang terdapat di OISO Korean Traditional Cuisine & Cafe.

Perkataan "Oiso" bermaksud selamat datang dalam dialek Korea terutama dari Selatan Korea. Ramuan asas bagi makanan Korea, ialah Kimchi, Deonjang (pes kacang), Ganjang (kicap), Gochujang (pes cili) yang diperam, bagi menghasilkan rasa yang mendalam dan baik untuk kesihatan.

OISO Korean Traditional Cuisine & Cafe mempunyai 15 cawangan di sekitar Lembah Kelang. Dan bagi saya yang menetap di Shah Alam, sudah tentu saya memilih cafe yang terletak di Utropolis Marketplace, Glenmarie. Anda boleh lawati FB Page OISO Korean untuk maklumat lanjut.

 
Image result for oiso korean 
 
 Pemandangan dari luar OISO Korean Traditional Cuisine & Cafe




Image result for oiso korean utropolis

Pemandangan dari dalam OISO Korean Traditional Cuisine &Cafe
 
 
 
 
Secara jujur saya katakan portion makanan yang disediakan memang berbaloi dengan harganya dan yang pasti memang sedap. Saya yakin anda pasti berpuas hati apabila datang ke sini. Jom jemput lihat video pendek yang saya sediakan. 

 
 

Review Kesedapan Sushi Q Berjaya Kalahkan Sushi King

Assalamualaikum dan selamat pagi. Menulis di saat ini pada pukul 4.57 pagi memandangkan saya terbangun dari tidur dan sekarang mata pun tak nak tidur.

19hb Oktober 2018, Jumaat saya sempat menyinggah ke cawangan Sushi Q di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya. Ini merupakan kali kedua saya ke sini. Bagi saya sushi dari Sushi Q lebih sedap berbanding sushi dari Sushi King. Walaupun tidak begitu banyak pilihan sushi tetapi rasa sushinya memang berbaloi dan sedap. Sushi Q mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang. Anda yang suka makan sushi boleh cuba dan boleh klik Sushi Q untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menu dan outlet mereka.

Rak display sushi cantik tersusun dan tempat makannya juga santai tapi saya terlupa untuk snap gambar. So sorry.



Saya memilih tiga jenis sushi iaitu spicy egg mayo inari, ebiko sushi (my kids favorite) dan salmon mentai sushi. Dinikmati dengan secawan air teh hijau panas memang syok sangat.




Dan saya akhiri dengan pemanis mulut mochi manis berintikan kacang merah dan bijan kalau tak silap saya.