Selama ini hanya kita sbg pengguna yang menerima pelbagai padah disenaraihitamkan oleh pelbagai organisasi seperti syarikat bebas CTOS, Bank Negara CCRIS, syarikat-syarikat kredit, CIDB dan lain-lain agensi, sampaikan Abang Long pun ada senarai blacklist dia org sendiri.
So skang nie dah sampai masa tuk organisasi pengguna seluruh negara dan seluruh dunia bersatu, bergabung, dan melancarkan CONSUMER BLACKLIST bagi menyenaraihitamkan mana-mana organisasi, syarikat, pertubuhan dan individu yang menekan, menipu, memperdaya, mencengkam malah membunuh pengguna secara sedar mahupun tidak.
Perkara nie dah disuarakan dengan lantang oleh To'Ki dalam Radio Bernama. PPIM akan menjadi sekretariat bagi menjayakan usaha nie dengan menyediakan laman-laman interaktif bagi seluruh para pengguna berbilang kaum, agama dan bangsa membuat aduan dan kenyataan. Mana-mana pihak yang didapati menipu, memperdaya para pengguna akan disenaraihitamkan dan nama-nama mereka akan disenaraikan di seluruh media-media bersekutu yang kini menjangkau lebih 25 juta pengikut dari pelbagai organisasi bersekutu yang memperjuangkan pelbagai isu dan kepentingan masyarakat.
CONSUMER BLACK LIST (CBL) "Bukan Sekadar Gosip"
Sumber dari PPIM
No comments:
Post a Comment