pic credit tue hencik google
Salam semua gojes ^_^
Semalam dah masuk pregnancy yg ke-21
Hari nie saya nak share some info buat ibu-ibu mengandung di luar sana
Ayat-ayat Al-Quran untuk diamalkan oleh ibu mengandung sepanjang proses mengandung ^_^
** Sumber petikan Anugerah Quran dari keratan Harian Metro bertarikh 7hb Jun 2013
* Surah Al-Fatihah
Merupakan penawar mujarab bagi segala penyakit dan terpelihara dari keguguran. Utk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan bayi yg dilahirkan serta memudahkan perjalanan kehidupannya sentiasa dirahmati Allah SWT.
* Surah Al-Baqarah
Mendpt yg terbaik serta menghindari bala, terutama di saat-saat melahirkan. Bayi yg dilahirkan akan mempunyai hati yg terang, berkeyakinan tinggi & patuh kpd Allah SWT.
* Surah Al-Buruj
Terhindar dr kebimbangan & was-was, serta utk ketenangan ibu semasa melahirkan anak.
* Surah Al Raaf
Memudahkan ketika bersalin, mendpt anak yg sihat & sempurna, serta patuh kpd Allah SWT & Rasullah SAW.
* Surah Taubah
Utk membersih jiwa anak yg dilahirkan & terpelihara drpd maksiat, serta dilindungi drpd menghadapi bala.
* Surah Yunus
Mujarab utk selusuh supaya melahirkan anak, menghilangkan darah gemuruh & menghindari sihir ketika hamil. Anak yg bakal dilahirkan juga akan menjadi penyabar, bersopan-santun & cerdik pemikirannya.
* Surah An-Nahl
Utk melahirkan anak yg berdisplin & memudahkan bersalin dgn selamat.
* Surah Al-Israa
Supaya memperolehi anak yg soleh, terpelihara dr gangguan jin, rajin beribadat serta sentiasa di dlm kegembiraan.
* Surah As-Syu'ara
Menghilangkan ketakutan & keletihan serta menjadi penawar bisa.
* Surah Fusilat
Anak & ibu sentiasa terpelihara keimanannya & takwa kpd Allah SWT.
* Surah Ankabut
Penawar demam, malas serta boleh mengubati sihir.
* Asma Ul-Husna
Utk mendpt anak yg soleh / solehah serta sentiasa mentaati kedua ibu bapa.
nice sharing... :)
ReplyDeletesharing is caring
ReplyDelete