pic ihsan drpd pakcik google
Salam Ramadhan buat semua yang gojes ^_^
Macam mana puasa anda semua di hari pertama ini?
Segala puji bagi Allah SWT yang menjadikan bulan Ramadhan lebih baik daripada bulan-bulan lainnya dengan menurunkan Al-Quran dan mewajibkan puasa bagi kaum Muslimin sebagai salah satu rukun Islam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan kepada kita bagaimana sebaiknya menghidupkan bulan-bulan yang penuh barakah ini.
Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, "Rasullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda :
"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah SWT mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa."
Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasa'i.
Amalan-amalan yang dianjurkan di bulan Ramadhan :
1. Puasa : Allah SWT memerintahkan berpuasa di bulan Ramadhan sebagai salah satu rukun Islam
Puasa di bulan Ramadhan merupakan penghapus dosa-dosa yang terdahulu apabila dilaksanakan dengan ikhlas berdasarkan iman dan hanya mengharapkan pahala dari Allah SWT, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda :
"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah SWT, nescaya diampuni dosa-dosanya telah lalu."
2. Membaca Al-Quran : Membaca Al-Quran sangat dianjurkan bagi setiap Muslim di setiap waktu dan kesempatan. Rasulullah SAW bersabda :
"Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi ahlinya (iaitu, orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)
Hadis Riwayat Muslim.
Dan membaca Al-Quran lebih dianjurkan lagi pada bulan Ramadhan, kerana pada bulan itulah diturunkan Al-Quran.
3. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan solat Tarawih berjamaah.
4. Menghidupkan malam-malam Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Lailatul Qadar terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, pada malam-malam ganjil, iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29.
Menghidupkan Lailatul Qadar adalah dengan memperbanyakkan solat malam, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan membaca selawat.
3. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan solat Tarawih berjamaah.
4. Menghidupkan malam-malam Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Lailatul Qadar terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, pada malam-malam ganjil, iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29.
Menghidupkan Lailatul Qadar adalah dengan memperbanyakkan solat malam, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan membaca selawat.
5. I'tikaf di malam-malam Lailatul Qadar : I'tikaf dalam bahasa adalah berdiam diri atau menahan diri pd suatu tempat, tanpa memisahkan diri. Dlm istilah syar'i, i'tikaf bererti berdiam diri di masjid untuk beribadah kpd Allah SWT dgn cara tertentu sebagaimana telah diatur oleh syariat.
6. Memperbanyakkan bersedekah.
7. Melaksanakan ibadah umrah : salah satu ibadah yg sangat dianjurkan di bulan Ramadhan adalah melaksanaka ibadah umrah & Rasulullah SAW menjelaskan bahawa nilai pahalanya sama dgn melaksanakan ibadah haji.
Semoga kita mendpt taufik & hidayah dari Allah SWT utk mengamalkannya agar kita mendptkan kebaikan & keberkatan di bulan Ramadhan. InsyaAllah
Rasanya hari pertama berpuasa ni berjalan lancar. harap-harap tahun ni dapat solat tarawih lengkap. Selamat berpuasa kepada budak cumil. hehehe..
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa dan InsyaAllah dapat bertarawih dengan lengkap pada tahun ini dan tahun2 mendatang ^_^
Delete