Wah, dah lama saya tak jenguk blog yg dah lama terbiar and bersawang nie ^_^
Sorry la belum berkesempatan sebab sibuk dengan life as a student and preggy mommy.
I dah masuk 33 weeks, so dah tak lama lagi kan, sekejap masa berlalu.
Hari nie saya nak share some info about air kelapa, bukan air kelapa tua tapi air kelapa muda ^_^
memang sedap diminum ketika cuaca panas.
Orang tua-tua selalunyer ader bermacam2 petua, salah satunya petua buat ibu-ibu yang hamil di luar sana termasuk la saya. Kata org2 yg berpengalaman nie kalau kita selalu amalkan minum air kelapa muda, air ketuban akan lebih bersih dan bayi yg dilahirkan nanti akan mempunyai kulit yg bersih dan sihat, rambut dan bening mata yg lebat.
Betul ker nie???
Tahukah korang, dalam 100ml air kelapa muda mengandungi bahan mineral berikue :
*Potasium : 291
*Sodium : 42
*Klorin : 75
*Kalsium : 44
*Magnesium : 10
*Sulfur : 58
*Phosporus : 9.2
*Iron (mg/100gr) : 6
*Copper : 26
Tahukah korang, air kelapa muda bersifat disteril secara semulajadi & mempunyai unsur elektrolit yg tinggi?
Tahukah korang, amalan meminum air kelapa muda dapat membantu memperbaiki tekanan darah & juga fungsi jantung?
ANTARA KHASIAT AIR KELAPA MUDA BAGI IBU HAMIL :
1. MINUMAN ISOTONIK ALAMI
Minuman isotonik alami yg membantu pengisian cairan & garam alami yg dilepaskan oleh tubuh. Air kelapa muda kaya dgn mineral, so ia membantu dlm proses rehidrasi badan & memulihkan stamina tubuh. Ibu hamil memerlukan lebih air berbanding wanita biasa dlm kehidupan seharian. Ibu hamil yg mengalami dehidrasi akan menyebabkan komplikasi seperti sakit kepala, kejang, atau berlakunya kontraksi yg boleh menyebabkan kelahiran pra matang.
2. MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN TUBUH
Asid Laurik yg terkandung dlm air kelapa muda memiliki sifat anti bakteria & anti virus yg melindungi tubuh drpd pelbagai jangkitan & meningkatkan sistem pertahanan tubuh wanita hamil. Ibu hamil amat digalakkan meminum air kelapa muda utk meningkatkan sistem pertahanan tubuh badan drpd jangkitan selsema, mahupun penyakit berjangkit lain.
3. MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT DALAM SISTEM PENCERNAAN
Semasa kehamilan, hormon progestron melambatkan kontraksi otak lambung yg akan menyebabkan gangguan pd proses pencernaan. Air kelapa muda mampu membersih usus & sistem pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit kpd ibu2 hamil. Air kelapa muda juga mengandungi nutrisi & oksigen yg menyerap ke sel-sel tubuh badan & membantu menurunkan suhu badan yg tinggi yg biasa berlaku kpd ibu2 hamil. Ini sekaligus meningkatkan fungsi usus & sistem pencernaan, sekaligus mengelakkan masalah sembelit yg sering dialami oleh ibu2 hamil.
4. MENCEGAH DRPD KELUHAN "HEARTBURN"
Keluhan heartburn merupakan salah satu keluhan yg sering dialami oleh ibu hamil. Rasa seperti terbakar & panas di dada ini tentu sangat menganggu. Sifat air kelapa muda yg mengandungi nutrisi & oksigen yg menyerap ke sel2 tubuh, membantu membaiki simptom-simptom heartburn ke tahap yg lebih selesa kpd ibu hamil yg meminumnya.
5. MENCEGAH KEKEJANGAN
Wanita yg sedang hamil & kekurangan kalium seringkali mengalami masalah kejang kaki. Ibu hamil dinasihatkan mengambil 4.7mg kalium. Dalam setiap 330mg air kelapa muda, mengandungi 670mg zat kalium. Amalan meminum air kelapa muda semasa hamil akan membantu melengkapkan keperluan zat kalium sekaligus mengelakkan masalah kekejangan / krem pd kaki.
6. MEMBANTU MENGURANGKAN "MORNING SICKNESS"
Antara khasiat air kelapa muda, mampu mengurangkan rasa mual, pening2 & muntah yg biasanya terjadi kpd wanita hamil pd usia awal trimester kandungan.
7. PENAWAR RACUN
Air kelapa muda mengandungi asid laurik yg berperanan dlm melawan penyakit. Asid laurik juga terkandung dlm susu ibu dan mampu meningkatkan sistem imunisasi badan, mengurangkan risiko diabetis, kanser & HIV yg mungkin terjadi kpd ibu mahupun bayi yg dikandung.
8. MENINGKATKAN HDL
Air kelapa muda tidak mengandungi lemak & kolesterol. Menurut kajian, air kelapa muda ini mampu meningkatkan kolesterol baik (HDL-High Density Lipoprotein) dlm sistem tubuh.
9. MEMBANTU PROSES BERSALIN
Kandungan elektrolit yg tinggi di dlm air kelapa muda mampu berperanan sbg pengganti cairan, membantu ibu hamil drpd risiko dehidrasi & membantu proses bersalin dgn lebih lancar.
Ibu hamil digalakkan meminum segelas air kelapa muda setiap hari utk mendapatkan semua khasiat. Air kelapa muda boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dgn gula atau kunyit. Isi kelapa muda amat berkhasiat utk ibu dan bayi dikandung.
No comments:
Post a Comment