Mulakan hari anda dengan lemon bersama air suam

 

Saya ader nak share satu petua kesihatan yg saya sendiri terbaca dari page Yahoo
Apa kata setiap pagi kita tukar dgn meminum secawan air suam bersama perahan lemon
Banyak benefit lemon nie, antaranya :
  1. Menambahkan daya ketahanan dalam badan sebabnyer lemon nie kaya dengan vitamin C + potassium. Vitamin C nie bagus utk melawan demam. Potassium pulak melancarkan perjalanan darah kita
  2. Lemon memberikan keseimbangan dalam pH ini kerana ia adalah makanan yg beralkali tinggi. Keseimbangan alkali dalam badan adalah kunci kpd kesihatan diri kita.
  3. Lemon seperti anda tahu membantu mengurangkan masalah berat badan kerana ia mengandungi serat pektin yg tinggi yg mampu melawan kelaparan.
  4. Membantu masalah penghadaman
  5. Pembersihan air kencing kerana lemon membantu membuang bahan-bahan yg tdk diperlukan oleh badan kita dgn menaikkan kekerapan tahap membuang air kencing pd satu masa-masa.
  6. Membantu kulit kita menjadi cerah & bersih ini kerana lemon menghalang kulit kita drpd terus rosak & dari dijangkiti kuman yg tidak menentu dr sekeliling kita.
  7. Mengelakkan dehidrasi kerana air yg mencukupi membantu perjalanan sistem dlm badan kita. Lemon membantu menghalang dehidrasi & keletihan.
So, apa ditunggu lagi start your healthy day with a healthy diet ^_~ 
Saya pun lepas nie nak buah lemon manyak2

No comments:

Post a Comment