BAYI MASIH LAPAR WALAUPUN DAH BANYAK MENYUSU
************************** ************************** ***********************
Mommies pernah alami masalah sebegini?? Tahukah mommies tentang perbezaan FOREMILK & HINDMILK??
************************** ************************** ************************
**************************
Mommies pernah alami masalah sebegini?? Tahukah mommies tentang perbezaan FOREMILK & HINDMILK??
**************************
FOREMILK
Merupakan susu hadapan yang mula-mula dihasilkan diawal proses penyusuan. Apabila mulanya sesi penyusuan secara direct feeding, bayi kita akan menerima susu foremilk ini terlebih dahulu. Foremilk ni lebih cair dan warnanya kehijauan dan kebiruan. Foremilk mengandungi tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein.
Foremilk mengandungi rendah lemak yang hanya mampu menghilangkan dahaga bayi kita bukan mengenyangkan. (sebab tu bayi yang menyusu tak perlu diberikan air ye, dalam susu ibu dah mempunyai air secukupnya) yang penting ibu tahu konsep penyusuan sebenar.
HINDMILK
Merupakan susu yang dihasilkan setelah foremilk. Susu 'belakang ini lebih pekat & mengandungi kalori juga lemak yang tinggi & membuatkan bayi kenyang. Warnanya pula berbeza, ia kelihatan pekat dan 'rich'.
Sekiranye ibu-ibu memerah keluar ke dalam bekas jernih yang berbeza untuk dua kali perahan, pertama & perahan kedua, ibu-ibu akan lihat perbezaan warna susu tersebut seperti dalam gambar.
Oleh itu, pastikan bayi kita menerima kedua-dua kandungan foremilk & hindmilk seperti yang saya nyatakan tadi yakni protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya, maka susukanlah bayi, sehingga ibu benar-benar yakin payudara telah kosong sepenuhnye.
Kesan ketidakseimbangan Foremilk Dan Hindmilk
Bila bayi kita tak dapat cukup khasiat foremilk,bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan) & kalau kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang, tumbesaran bayi juga turut terjejas.
Pentingnye seorang ibu untuk kerap mengosongkan payudaranya sama ada dengan mengepam atau menyusukan secra direct feeding. Menurut teori, semakin sedikit susu yang berada payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia makin pekat. Tak hairanlah sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa. Sekirenye ibu membiarkan payudara bengkak dan lebih suke tunggu 'susu penuh' akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, kandungan khasiatnya tidak seimbang = lebih banyak foremilk. sumber
Untuk kenali bayi kite menerima lebih foremilk berbanding hindmilk, bayi akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:
✔ Bayi selalu meragam
✔ Bayi kembung
✔ Najis bayi menjadi kehijauan
✔ Bayi tak kenyang
✔ Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
✔ Bayi kerap sangat berak
✔ Bayi alami ruam lampin (disebabkan najisnya yang bersifat
asidik serta cirit birit)
Apabila ibu sedari keadaan di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:
✔ Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
✔ Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
✔ Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
✔ Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.
Jadi, apa yang ibu boleh buat?
✔ Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah
lagi pam.
✔ Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara
rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
✔ Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi
mendapat hindmilk.
✔ Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara
dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang
menjadikan susu lebih cair.
✔ Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.
Apabila keperluan hindmilk bayi dipenuhi, bayi akan kurang meragam, dapat tidur dengan lebih lena dan lama serta beratnya meningkat mengikut graf pertumbuhan yang normal.
Fakta Tambahan
Tahukah ibu-ibu, penghasilan susu banyak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling seperti contoh suhu persekitaran. Selain itu, kandungan nutrisi susu juga turut berubah mengikut umur bayi kita.
info yang sangat berguna..saya juga masih menyusukan baby saya yg masih 10bulan..jemput follow saya ye :-)
ReplyDeleteTahniah Puan semoga Puan istiqomah dan berjaya menyusukan anak puan sehingga mencapai dua tahun setengah
Delete