Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts

Perkara Penting Yang Ibu Menyusu Perlu Tahu : Kenali Jenis Susu Ibu





BAYI MASIH LAPAR WALAUPUN DAH BANYAK MENYUSU
***************************************************************************
Mommies pernah alami masalah sebegini?? Tahukah mommies tentang perbezaan FOREMILK & HINDMILK??
 ****************************************************************************


FOREMILK


Merupakan susu hadapan yang mula-mula dihasilkan diawal proses penyusuan. Apabila mulanya sesi penyusuan secara direct feeding, bayi kita akan menerima susu foremilk ini terlebih dahulu. Foremilk ni lebih cair dan warnanya kehijauan dan kebiruan. Foremilk mengandungi tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein.

Foremilk mengandungi rendah lemak yang hanya mampu menghilangkan dahaga bayi kita bukan mengenyangkan. (sebab tu bayi yang menyusu tak perlu diberikan air ye, dalam susu ibu dah mempunyai air secukupnya) yang penting ibu tahu konsep penyusuan sebenar.


HINDMILK


Merupakan susu yang dihasilkan setelah foremilk. Susu 'belakang ini lebih pekat & mengandungi kalori juga lemak yang tinggi & membuatkan bayi kenyang. Warnanya pula berbeza, ia kelihatan pekat dan 'rich'.

Sekiranye ibu-ibu memerah keluar ke dalam bekas jernih yang berbeza untuk dua kali perahan, pertama & perahan kedua, ibu-ibu akan lihat perbezaan warna susu tersebut seperti dalam gambar.

Oleh itu, pastikan bayi kita menerima kedua-dua kandungan foremilk & hindmilk seperti yang saya nyatakan tadi yakni protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya, maka susukanlah bayi, sehingga ibu benar-benar yakin payudara telah kosong sepenuhnye.


Kesan ketidakseimbangan Foremilk Dan Hindmilk

Bila bayi kita tak dapat cukup khasiat foremilk,bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan) & kalau kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang, tumbesaran bayi juga turut terjejas.

Pentingnye seorang ibu untuk kerap mengosongkan payudaranya sama ada dengan mengepam atau menyusukan secra direct feeding. Menurut teori, semakin sedikit susu yang berada payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia makin pekat. Tak hairanlah sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa. Sekirenye ibu membiarkan payudara bengkak dan lebih suke tunggu 'susu penuh' akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, kandungan khasiatnya tidak seimbang = lebih banyak foremilk. sumber


Untuk kenali bayi kite menerima lebih foremilk berbanding hindmilk, bayi akan mengalami tanda-tanda seperti berikut:

✔ Bayi selalu meragam
✔ Bayi kembung
✔ Najis bayi menjadi kehijauan
✔ Bayi tak kenyang
✔ Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
✔ Bayi kerap sangat berak
✔ Bayi alami ruam lampin (disebabkan najisnya yang bersifat
asidik serta cirit birit)

Apabila ibu sedari keadaan di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:

✔ Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
✔ Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
✔ Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
✔ Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.


Jadi, apa yang ibu boleh buat?

✔ Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah
lagi pam.
✔ Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara
rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
✔ Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi
mendapat hindmilk.
✔ Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara
dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang
menjadikan susu lebih cair.
✔ Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

Apabila keperluan hindmilk bayi dipenuhi, bayi akan kurang meragam, dapat tidur dengan lebih lena dan lama serta beratnya meningkat mengikut graf pertumbuhan yang normal.


Fakta Tambahan
Tahukah ibu-ibu, penghasilan susu banyak dipengaruhi oleh keadaan sekeliling seperti contoh suhu persekitaran. Selain itu, kandungan nutrisi susu juga turut berubah mengikut umur bayi kita.

Petua Banyakkan Susu Ibu

http://www.breastfeedingmum.com/wp-content/uploads/breastmilk-storage.jpg 

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan,badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untukmenyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkaraberikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

8. Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalamperubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. -Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi,vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protein dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badanibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedaiubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina,longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalammasakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba bolehdidapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan,kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuaimengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkansesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnyasahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dankaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyakdigunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakatindia. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan airsusu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampalsekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukanbayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula,gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya danditampal pada payudara. Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu.Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sup lobak putih, ia berupayamenambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyakvitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mknulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisanbawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkansusu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapahelai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminumdua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudianlayurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukansetiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesanuntuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulaimasak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugatedlinoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalamsusunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaankesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan danpengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakananini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapatimempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makanbiskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapatdalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenisdaging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin).Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakansupplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurmaadalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yangmempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkanpertambahan kandungan susu


Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu

1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – gorengatau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air ataugoreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan padamakanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan padaroti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dantempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14. Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akanmenyalurkan kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu kurangkalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai cepat, mknlahkalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulutdan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuksendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum airdan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.


Makanan
- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
- Bayam
- Broccoli; sumber kalsium yang baik.
- Sawi
- Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkanditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
- Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagaiulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawangputih, ikan bilis/ udang kering.
- Kacang Hijau; bubur kacang hijau
- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susukambing
- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya danrebus, makanlah bersama-sama nasi.
- Petola, daun turi; masak lemak manis
- Kacang Buncis
- Kacang Dal; makan dengan roti canai
- Pucuk betik
- Roti; segala jenis roti especially roti planta
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Madu; sebagai pemanis dalam minuman
- Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
- Ikan Tenggiri
- Sengkuang Cina
- Biskut bijirin -
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yangdalam tin / di proses
- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman
- Air masak; minum lebih 3 liter sehari
- Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
- Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitusahaja / direbus
- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudukecil dengan air suam
- Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
- Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
- Soya
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Air Kelapa
- Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenamaseason F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikitgula
- Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhanamuda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
- Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus.Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkanlobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susuminum.
- Milkmaid tea
- Melilea Organic Soya Drink
- Autumnz Organic Nursing Tea
- Joy Angel Nursing Tea

Makanan Tambahan
- Pil Kalsium
- Obimim
- Omega 3
- Vitamin C
- Jamu yang membanyakkan air susu contoh PIL ASI, jamu nonaroguy (phytonatal)
- Alfalfa (Shaklee)
- Bidadari (DCL)
- GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC
- Habatussauda
- Organic Spirulina
- Melilea Greenfield Organic
- ML; Goat's Rue Vegetarian Capsules
- ML; More Milk Plus Vegetarian Capsules
- ML; More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)

Zikir dan Doa
- Berzikir dgn kalimah "YA MATIN" (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh.Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air laludiminum.
- Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segalaurusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlahperjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkausyariatkan...AMIN..."
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
- Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan padapayudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita &supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hinggasekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supayadiberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengantongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belasmata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahuitempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah danminumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencanakerosakan di muka bumi".

Lain-lain Amalan
- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susukeluar dgn laju
- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalampantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlahyang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkanperjalanan urat-urat payudara.
- Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak ditelifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanyadalam hidup.
- Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dandibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkanselepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
- Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akanmenyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu.Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
- Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehinggabayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransanglebih banyak penghasilan susu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.

"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"

Tips Banyakkan Susu Ibu Dengan Qaseh Gold Adinda


Penyusuan susu ibu TIDAK semudah yang kita bayangkan jika masih belum melaluinya. Betul tak? Bagi saya betul (^___^)

Penyusuan susu ibu memerlukan SEMANGAT dan AZAM yg kuat. Mind set ibu sendiri sangatlah penting. Jangan kita memilih untuk menyusu kerana terikut-ikut dengan org lain. Jika itu yg terjadi anda tidak ke mana.

Pasangkan niat utk menyusukan anak hanya dgn susu ibu dari awal lagi saat anda tahu yg anda hamil.

Bagi yg boleh menyusukan anak secara terus "direct feeding" anda mungkin kurang bermasalah. Tapi bagi ibu-ibu yg bekerja anda harus tahu dan BELAJAR bagaimana utk maintainkan pengeluaran susu ibu ketika anak tiada di sisi (sedang bekerja).

Ianya sangat MUDAH. Hanya perlu faham konsep :

"Pengeluaran vs Permintaan (Supply vs Demand)

Jika ada permintaan maka terjadilah pengeluaran, Jika demand tinggi maka tinggilah supply. Mudah bukan?

Jadi utk ibu-ibu bekerja anda disarankan :

i) Pam secara konsisten. Bagaimana? Setiap 2-3 jam anda perlu kosongkan breast (pam atau marmet). Breast akan menghantar signal kpd otak bahawa demand sedang berlaku (pam / marmet) byklah supply (susu) anda.

ii) PENTING utk badan ibu sentiasa SIHAT dan BERTENAGA bagi memastikan pengeluaran susu tdk terjejas. Makan makanan seimbang. Tidak perlu berdiet. Amalkan makanan Sunnah setiap hari seperti kurma, madu, habbatus sauda, air zam-zam dll. Susah dan kesuntukan masa nak amalkan semua makanan Sunnah tersebut? Qaseh Gold ada semua ini.

iii) Qaseh Gold rasanya sangat SEDAP. Ibu menyusu digalakkan makan makanan yg SEDAP kerana dipercayai bila ibu enjoy dan HAPPY, hormon OKSITOSIN akan meningkat dan susu akan lebih mudah dihasilkan. Tindakan ini lebih dikenali sebagai "let-down reflex" (LDR

iv) Ibu-ibu hindari tekanan @ stress, tekanan mampu membuatkan susu merudum, ini yg biasa saya alami bila emosi tak stabil. Kalau boleh atasi stress supaya ia tidak mengganungu proses penghasilan susu....be POSITIF. Qaseh Gold membantu dalam menstabilkan MOOD, waktu datang bulan hormon akan berubah. Susu mungkin sedikit terjejas. Dengan Qaseh Gold InsyaAllah dpt membantu menstabilkan HORMON.

v) Minum air secukupnya iaitu air suam. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

vi) Berdoalah kamu kpd Yang Maha Esa. Mohonlah kpdNya semoga dipermudahkan proses penyusuan sehingga 2 tahun seperti yg disyariatkan.

** Kajian sains menunjukkan buah kurma kaya dgn unsur zat besi dan kalsium. Unsur zat besi dan kalsium yg terdpt di dlm kurma adalah unsur yg paling tinggi bagi membentuk susu ibu.

Antara kajian lain yg dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yg paling PANTAS diproses sbg bekalan TENAGA. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Satu kisah di dlm Al-Quran, Surah Maryam ayat 25-26. Ayat ini menceritakan tentang kisah perjuangan Saidatina Maryam ketika mahu melahirkan Nabi Isa Alaihissalam. Saidatina Maryam sedang kesakitan utk melahirkan Nabi Isa, lalu Allah memerintahkan Maryam utk memakan buah Kurma.

"Dan goyanglah pangkal pohon KURMA itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma. Maka makan, minum dan bersenang hatilah kami, jika kamu melihat seorg manusia, Maka Katakanlah : "Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa utk Tuhan yg Maha Pemurah, Maka aku tdk akan berbicara dgn seorg manusia pun pd hari ini." - Surah Maryam ayat 25-26

Jom berikhtiar dengan QASEH GOLD!!!!
Please LIKE my FB Page
SMS / Whatsapp / Telegram :
019-332 7841

7 Kelebihan Anak Yang Minum Susu Ibu


Saya ader terbaca tentang kelebihan anak yg minum susu ibu dr page FB Coklat Minda, so nak share dgn korg semua :D
Sharing is caring

Tentu korang semua dah sedia maklum yg susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia dan tertanding dgn susu-susu lain.

Khasiat yg ada dlm susu ibu tue sangat2 mempengaruhi terhadap anak2 yg disusui.

Para ahli kesihatan telah merumuskan antara kesan-kesan yg baik atau kelebihan hasil dari penyusuan susu ibu adalah :

i) Watak anak lebih lembut, memang tak dpt dinafikan, my baby Aira mmg lemah lembut but since dok kat rumah pengasuh nie, dia dah pandai kuatkan suara since ramai budak2 :D

ii) Emosi bayi lebih stabil, memang setuju my baby Aira tak banyak meragam & senang nak handle dia :D

iii) Anak lebih mengasihi ibu serta adik-beradiknya, as at my baby Aira tak nampak la lagi sebab baru 3 bln and as at abang Aidil mmg nampak la coz dia nie jenis ambik berat pasal kakak n adik dia :D

iv) Anak berasa terjamin, yakin & berani. As at my Abg Aidil I can see that but not at kakak since kakak I kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu. Kakak Adila end up consumed formula milk. :(

v) Anak tidak mudah ditimpa tekanan jiwa. I can see that in Abg Aidil, sebakul org marah dia bole lagi buat dunno. Kalau Kakak Adila kena marah mau pegi pencilkan diri kejap :D

vi) Minda anak lebih cemerlang. I can see that in Abg Aidil, dia memang cepat pick up. Kakak Adila pulak lambat la skit tapi Kakak Adila senang disuruh :D
Apa2 pun I Love All My kids very tenderly 

vii) Fizikal anak lebih kebal dari penyakit. Absolutely agree. Abg Aidil masa baby jarang demam tapi klu demam mesti teruk sampai kena sedut gas since ader kahak. Baby Aira pun Alhamdullillah tak pernah lagi la demam. Kakak Adila masa baby every month mesti demam, memang kesian :(


Oleh itu, amatlah digalakkan para ibu untuk menyusukan anak selama 2 tahun. Pahala buat ibu yg menyusukan anak sehingga cukup tempoh iaitu 2 1/2 tahun dan beramal soleh tdk melanggar perintah Allah & taat kpd suami, maka dijanjikan balasan Syurga :D

Subhanallah, sungguh hebat ganjaran yg diberikan oleh Allah SWT kpd ibu2
Jom kita sama2 tunaikan tanggungjawab kita sbg ibu mithali.
Tunaikan hak anak kita :D