Ada banyak petua tradisional yg boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil menjelang tarikh kelahiran bayi mereka. Jom baca dan hadam petua tersebut betul-betul sebab ianya mudah diamalkan
1. Makan Kurma
Kurma memang terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu amatlah digalakkan memakan kurma. Kurma berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit "contraction" dan membantu mengecutkan rahim.
2. Minum Air Kelapa Muda
Bila usia kandungan dah masuk ke tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.
3. Makan Bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yg ada pd bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.
4. Telur Ayam Kampung
Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat utk melahirkan. InsyaAllah proses kelahiran menjadi mudah.
5. Minyak Kelapa Dara
Utk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InsyaAllah berkesan.
No comments:
Post a Comment