Tips Penyusuan Susu Ibu Di Bulan Ramadhan


Tips penyusuan susu ibu di sepanjang bulan Ramadhan disampaikan daripada Cikgu Susu Ain dar PumpOnTheGo


pic ihsan dr hencik google

Tips-tipsnya ialah :

1. Elak makanan bergoreng, pedas dan berempah sebab memerlukan banyak air utk proses dalam badan.

2. Buat power pumping sekali seminggu selama satu jam antara jam 11 malam sehingga 5 pagi

3. Berbuka dgn 3 bijik kurma, makan macam biasa dan minum air suam. Waktu moreh makan 3 - 5 biji kurma dan susu. Setiap kali bangun malam utk susukan baby makan 2 - 3 biji kurma lagi. Sahur blend kurma dengan susu.

4. Minum air sebanyak 3.5 liter dari waktu berbuka sehingga sahur. Dengan cara minum segelas air 250ml setiap jam.

5. Jangan skip pam waktu siang. Malam perlu tambah sesi pam jika bekalan ke babysitter tidak mencapai target.

Selamat Berpuasa dan Menyusukan Anak.

No comments:

Post a Comment