Assalamualaikum dan selamat pagi.
Setelah lama tidak bersiaran, hari ini saya nak kongsikan tips mencuci mesin basuh yang saya jumpa di laman Facebook page Panda Bekki
Kebanyakan orang mengabaikan kerja pencucian dalaman mesin basuh. Ini menyebabkan pakaian yang dibasuh dan ditinggalkan semalaman berbau "kepam:(hapak).
Ini adalah BERKEMUNGKINAN DARI kekotoran yang melekat di belakang tabung dimana perlu juga dicuci.
Paling kritikal.. Bila basuh baju , akan nampak seakan-akan kertas atau tisu yang dicarik-carikkan berterabur melekat dibaju.
Sebelum terjadi macam tue.. moh kita belajar cara mencuci tangki mesin basuh muatan atas.
Disini sy berkongsikan cara penyelesaiannya.
LANGKAH 1
Cabut penapis yang ada didalam tangki cuci sebersih-2nya dan pasang semula.
LANGKAH 2
Pilih program@course@mode " TUB CLEANING"
kalo x ada pilihan tersebut.
boleh pilih "SOAK"
Kalo x ada juga
boleh pilih mana-2 "course" cuma pastikan pilih cycle "wash" SAHAJA.
Pastikan "WATER LEVEL" adalah tahap makisma
tekan " START"
Nota: Pastikan tidak memasukan apa-apa pakaian didalam mesin basuh. Biarkan ianya dipenuhi air semata-mata
LANGKAH 3
Bila air dah 1/3 penuh, letakan bahan pencuci bersesuaian diantaranya :
Produk ada dipasaran . Pastikan ianya mengandungi
1. SODIUM PERCARBONATE atau SODIUM CARBONATE (300Gram)
atau
2. Sodium Borate (Borax) ( 300Gram )
atau
3. Jenama CALGON @ COSWAY@OXY@( 300gram)
atau
4. 140 Gram Soda ( RM3.00 ) dicampur bersama cuka putih 750ML ( RM2.50) yang telah dicampur didalam bekas lain sebelum dimasukkan kedalam mesin
atau
5. Pencuci jenama "ZIP " ACTIVE FORMULA with BICARBONATE
Pastikan bancuh sebelum memasukkan didalam mesin
(300Gram)
atau
6.tidak meletakkan apa-apa pun boleh juga , cuma kurang effektif kerja pencucian tersebut
LANGKAH 4
Jika anda memilih mode pembasuhan
1. TUB CLEANING
2. SOAK
kerja anda lebih mudah , tak perlu tunggu , siap jer dah ok
Jika memilih mode pembasuhan WASH sahaja , selepas mesin telah siap cycle 3 minit. biarkan mesin terendam selama sejam
Selepas sejam pilih mode
"wash" 8 minit
"RINSE" 2 kali
"Spin"1 minit
Passtikan selepasmode tersebut siap , tiada keladak yang tinggal didalam dasar tangki, Jika masih ada, cuci filter terlebih dahulu dan ulangi step wash , rinse dan spin sehingga tiada kesan keladak tertinggal
SIAP.
NOTA :
1. Sebelum melakukan kerja pencucian drum ni , pastikan kerja-kerja membasuh telah siap, sebab memakan masa yang lama.
(Anggaran 2 jam )
2. Pastikan bahan-2 yang sy cadangkan tue sesuai dengan mesin anda, Baca manual mesin terlebih dahulu sebelum melakukan proses ni
3. Kalo x yakin dengan bahan ni , cari d pasaran memang ada bahan khas untuk mencuci bahagian DRUM tersebut. Anda lebih yakin.
JIKA BERMANFAAT.. Silalah SHARE
TERIMA KASIH
No comments:
Post a Comment