DI MANAKAH SUARAKU SEBAGAI ISTERI?

Ramai isteri yg terpaksa telan semula segala apa yg ingin diluahkan kepada suami.. Walaupun ada ketikanya hati memberontak ingin menyatakan pendapat atau meluahkan rasa hati, tapi semua tersangkut di tekak kerana khuatir jelingan tajam atau hamburan kata-kata kasar yg akan diterima.. Suami langsung tak boleh ditegur.. Kalau ditegur alamatnya berperanglah selepas itu.. Tingginya ego suami sehingga tak mampu isteri nak capai.. Akhirnya isteri tenggelam dalam air mata sendirian terkapai-kapai.. Bila bercakap, salah.. Tak bercakap juga salah.. Apakah memang suratan seorang wanita itu hilang suaranya bila bersuami? Langsung tak boleh didengari atau difahami isi hati?
Suami mungkin sempurna nafkah zahirnya.. Nafkah batin juga terlaksana setiap kali dipinta.. Tapi suami lupa, membahagiakan dan menggembirakan hati isteri juga nafkah batin yg utama.. Jangan ingat dah lepas nafkah zahir dan jimak, maka selesai tanggungjawab seorang suami tanpa peduli lain kehendak? Nanti ALLaH akan tanya satu persatu.. Ketika itu bukan bibir yg bersuara tapi tangan, mata dan anggota lain yg akan bercerita.. Kita boleh cakap kepada kaum isteri, mengadulah kepada ALLaH.. Berceritalah kepadaNya.. Tapi jangan kita lupa bahawa kita hanya manusia.. Mencari kekuatan dlm berdo'a itu amat payah.. Berserah dan redha itu amat susah.. Hati dan perasaan sesama manusia juga perlu diambil kira.. Manusia itu sifatnya lemah..

Duhai suami.. Suami yg zalim itu bukan hanya suami yg tak bertanggungjawab atau kaki pukul bantai, tapi suami yg mendera emosi isteri juga dikira seorang yg zalim.. Adakah dikira menang dan hebat ego suami itu jika berjaya melukakan hati sehingga menitiskan air mata seorang isteri?

Kredit : Mizan As -Syatirie

No comments:

Post a Comment