Malam Lailatulqadar


Gambar ikhsan dari pakcik google

Dah lama saya tak menulis di blog ini memandangkan kesibukan sehari2 sbg isteri, ibu & pekerja makan gaji.
Lagi2 bertambah busy masa bulan posa nie. Dah balik kerja terus kena masuk dapur masak utk juadah iftar. Alhamdullillah sampai hari nie belum lagi saya berbuka di luar tambah2 bila tgk harga bufet ramadhan yg melampau2 harganya berbanding bulan2 yg lain. Apa2 pun saya bersyukur sgt2 masih dikurniakan rezeki oleh Allah SWT buat kami sekeluarga ^_^. Sempena bulan yg mulia bulan Ramadhan saya nak share dgn kengkawan semua artikel yg saya baca dari Al-Azim.com

Nabi SAW bersabda : "Sesungguhnya telah sampai kpd kamu bulan mulia bulan mubarak bulan yg berkat yg padanya ada satu malam beribadat padanya lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatulqadar, seribu bulan lebih kurang 83 thn 4 bln. Begitulah istimewanya malam Lailatulqadar."

Kebesaran mlm tersebut disebabkan dua perkara:
1) Turunnya Al-Quran Al-Karim yg menjadi panduan & petunjuk di dlm kehidupan manusia
2) Turunnya para malaikat pada suatu angkatan besar yg penuh bercahaya gilang-gemilang yg disertai oleh Jibrail utk memberi penghormatan kpd org yg berpuasa ikhlas, & utk menyaksikan amal ibadah mereka itu utk membawa kesentosaan & rahmat di kalangan penduduk bumi.

Tanda-tanda mlm Lailatulqadar yg diterangkan di dlm hadis ialah, terbit matahari pd pagi dgn bentuk putih bersih, tdk mempunyai sinar yg kuat yakni lembut & siangnya tdk terus kepanasan, pd hal matahari sgt cerah terang benderang, pd mlm itu udaranya sangat nyaman, tdk panas & tdk sejuk.

Walaupun tanda-tanda tdk dpt dilihat pahala ibadat pd mlm Lailatulqadar akan berhasil, kerana brg siapa beribadat pd mlm di seluruh bln Ramadhan @ di sepuluh yg akhir kerana iman & ikhlas utk memperolehi mlm Lailatulqadar, maka mereka akan mendpt pahala mlm Lailatulqadar itu.

Sesungguhnya Allah SWT telah menurunkan Al-Quran pd mlm Lailatulqadar maka carilah kehebatan & kebesaran mlm Lailatulqadar. Mlm Lailatulqadar lebih baik drpd seribu bln. Pd mlm itu turun malaikat-malaikat serta Jibrail dgn izin Allah SWT kerana ia membawa bermcm-mcm perkara. Sejahteralah malam Lailatulqadar yg berkat itu sehingga terbit fajar.

So buat muslimin & muslimat sekalian beramallah dgn sebaik mungkin sepanjang bln Ramadhan ini bkn hanya di bulan Ramadhan shj tetapi jugak di bln2 yg lain. Semoga kita semua memperolehi keberkatan & rahmat dari Allah SWT.