Review St. Ives Green Tea Face Scrub



Akhirnya saya dapat jugak beli Green Tea face scrub dari St. Ives 
Dah banyak farmasi yang saya pergi kesemuanya habis. Yang selalu ada hanya apricot face scrub.
Semalam saya sempat menjengah ke Watson Seksyen 18 Shah Alam dan saya bertuah kerana tinggal hanya 1 lagi green tea face scrub 
Petang tue jugak saya cuba. Keseleruhannya saya suka face scrub nie. Sebabnya beads green tea halus berbanding apricot. Baunya sangat segar. Lepas guna rasa wangi dan segar.
Saya bagi 4 bintang untuk produk nie 

APAKAH PENYUSUAN EKSKLUSIF?

By MRZ | Sep 13, 2017 | Dietetik, Kesi

hatan, Perubatan |


Apakah Penyusuan Eksklusif?
Banyak kecelaruan kefahaman tentang apa yang dinamakan sebagai penyusuan eksklusif atau pu

n exclusive breastfeeding. Berdasarkan definisi WHO(World Health Organization), ianya bermaksud:

Pemberian sumber diet bayi yang hanya melibatkan dan menggunakan susu ibu tanpa sumber diet yang lain. Maksudnya tiada makanan atau minuman lain dicampur aduk sekali. HANYA SUSU IBU SAHAJA(air kosong pun tak).
Dalam konteks perubatan pula, ianya bermaksud untuk 6 bulan pertama kehidupan bayi tersebut, hanya beri susu ibu sahaja. Tiada benda lain. Itulah penyusuan eksklusif.
Sekiranya ibu masih menyusu bayi sehingga umur setahun, dua tahun ataupun hingga 10 tahun sekali pun TANPA memberikan anak sumber diet yang lain(kecuali susu ibu), itu dinamakan sebagai Extended Exclusive Breast Feeding ataupun EEBF.

Banyak kajian menunjukkan pengamalan EEBF adalah TIDAK OPTIMAL untuk perkembangan bayi kerana keperluan selepas umur 6 bulan meningkat berkali ganda berbanding pada 6 bulan pertama kehidupan bayi. Susu ibu sudah mula tidak mampu untuk menampung keperluan perkembangan si kecil.
Bukan tiada akan tetapi semakin tidak mencukupi. Boleh bayangkan analogi demand(keperluan) sudah melebihi supply(bekalan). Umpama nak pergi dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru isi minyak 5L sahaja. Kereta boleh bergerak tapi takkan sampai ke destinasi yang diharapkan. Pasti terkulai dipertengahan jalan.

Sebab yang samalah saranan WHO dan AAP(American Academy of Paediatrics) menyebut supaya bayi diberikan susu ibu secara eksklusif untuk 6 bulan pertama kehidupan. Selepas 6 bulan tersebut, nak sambung menyusu badan untuk berapa lama pun TIADA MASALAH tetapi perlu diberikan makanan tambahan bersesuaian dengan umur bayi(seperti semi-solids/solids) selepas bayi berumur 6 bulan untuk memastikan perkembangan yang optimal dan sebaiknya.
TIADA, diulangi, TIADA SEBARANG RUJUKAN DALAM DUNIA INI yang hanya menyarankan pemberian makanan kepada bayi seperti:

1) Hanya mula beri makan pada umur satu tahun.
2) Hanya beri makanan sekiranya berat badan pada umur tersebut kurang daripada sepatutnya. Contoh kalau pada umur 7 bulan patutnya berat 8kg tapi anak hanya 6kg, barulah beri makan. Kalau tak hanya menyusu sahaja atau tunggu pada umur satu tahu baru beri makanan seperti Nombor 1)
DIULANGI, TIADA SEBARA

NG kajian mahupun garispanduan yang menyatakan dua perkara tersebut. Ianya TIDAK WUJUD. Sebabnya ianya tidak berdasarkan apa-apa rujukan atau asas. Terutamanya dalam bidang pemakanan(dietetik).

Gambar hiasan. Tiada ada kena mengena sesiapa pun, tidak kira yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Harap maklum.

Sebab itulah amatlah tidak beretika untuk seseorang menyampaikan sesuatu yang begitu penting dalam memastikan keperluan perkembangan bayi untuk TIDAK MENGULANGKAJI perkara asas seperti nutrisi lengkap untuk bayi. Apetah lagi apabila menyebarkan nasihat dan saranan berdasarkan sesuatu yang TIDAK WUJUD.

Perkara-perkara itu akan mengelirukan masyarakat kerana individu-individu yang berpengaruh mampu memberi kesan yang amat besar sekiranya rakyat marhaen tidak mampu membe

zakan PENDAPAT(opinions) dengan FAKTA(facts). Semua orang ada pendapat. Ada orang suka pasukan bola Man U. Ada yang tak suka. Kalau tanya pemain mana yang terbaik sekali dalam sejarah pasukan tersebut, pelbagai pendapat akan dikeutarakan sebab ianya adalah subjektif dan berdasarkan pengalaman masing-masing. 10 ribu orang boleh ada 10 ribu pendapat yang berbeza.
Bila kita berbincang berkenaan fakta pula, ianya perlu berdasarkan bukti(evidence). Sebab kalau tiada bukti yang sahih ataupun kajian yang sistematik dalam menilai sesuatu, itu tiada beza dengan pendapat. Berdasarkan fakta ini jugalah yang digunapakai diseluruh dunia dan diperkenalkan sebagai guidelines atau garispanduan.

Garis panduan ini dihasilkan supaya ianya dapat melaraskan tindakan(approach) dan langkah(actions) diseluruh dunia. Bertujuan untuk melindungi bayi itu sendiri. Supaya nasihat ahli perubatan di La

gos, Nigeria tidak berlainan dengan seseorang di Johor Bahru, Malaysia walaupun ianya adalah kes yang sama dan serupa.

Benar bukan semua adalah sama rata(one size fits all) tapi pada ASASNYA(principles), pendekatan yang diambil perlulah BERA

SAS(mempunyai fakta menyokong) dalam menjalankannya. Bukan sekadar hanya syok sendiri mahupun ikut nafsu semata-mata.
Pelbagai masalah dapat dilihat sekiranya ibubapa terpesong dengan saranan dan nasihat yang tidak berdasarkan evidence based. Pelbagai masalah kesihatan dan perkembangan kanak-kanak dapat dilihat setiap hari. Yang merisaukan masalah-masalah tersebut TIDAK dapat dilihat atau dikesan oleh ibubapa dengan mata kasar mereka sendiri. Perlu penilaian daripada ahli perubatan bertauliah untuk ‘melihat’ sama ada benar atau tidak perkembangan anak mereka adalah optimal atau tidak. Mereka yang sekadar memberi nasihat umum dimed

ia sosial sudah pasti tidak dapat mengenalpasti pelbagai masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak tersebut.
Diharap ibubapa diluar mengambil nasihat dan keputusan berdasarkan saranan yang tepat. Bukan hanya berpandukan pendapat-pendapat yang tidak berasas dan tidak mempunyai rujukan yang telus. Apetah lagi mengambil nasihat dan saranan daripada individu-individu yang mempunyai rekod/sejarah buruk menga

mbil kesempatan terhadap pesakit mereka sendiri hanya demi wang ringgit semata-mata.

Rujukan:
WHO. Effect of breastfeeding on infant and child mortality due to infectious diseases in less developed countries: a pooled analysis. WHO Collaborative Study Team on the Role of Breastfeeding on the Prevention of Infant Mortality. The Lancet. 2000; 355(9202):451-5
Arenz S, Rückerl R, Koletzko B, von Kries R.

Breast-feeding and childhood obesity–a systematic review. International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders. 2004; 28(10):1247-56
Whitehead RG. For how long is exclusive breast-feeding adequate to satisfy the dietary energy needs of the average young baby? Pediatric Research. 1995; 37(2):239–43.
Optimal breastfeeding practices and infant and child mortality: a systematic review and meta-analysis. 2015.
Sankar M, Sinha B, Chowdhury R, Bhandari N, Taneja S, Martines J, Bahl R. Acta Paediatr. 2015 Dec;104(467):3-13. doi: 10.1111/apa.13147.
Liu L, Oza S, Hogan D, Perin J, Rudan I, Lawn JE, et al. Global, regional, and national causes of child mortality in 2000-13, with projections to inform post-2015 priorities: an updated systematic analysis. Lancet 2015; 385: 430

–40.
Elizabeth J. O’Sullivan, Sheela R. Geraghty, Kathleen M. Rasmussen, Human milk expression as a sole or ancilla

ry strategy for infant feeding: a qualitative study, Maternal & Child Nutrition, 2017, 13, 3, e12332
World Health Organization. The Optimal Duration of Exclusive Breastfeeding. Report of an Expert Consultation. Geneva, Switzerland: World Health Organization; 2001
WHO Global Data Bank on Infant and Young Child Feeding, September 2015,
Porta F., Mussa A., Baldassarre G., et al. Gen

ealogy of breastfeeding. European Journal of Pediatrics. 2016;175(1):105–112. doi: 10.1007/s00431-015-2605-6
Williams L. A., Davies P. S., Boyd R., David M., Ware R. S. A systematic review of infant feeding experience and hospitalization in developed countries. Acta Paediatrica. 2014;1

03(2):131–138. doi: 10.1111/apa.12477
Bahl R., Frost C., Kirkwood B. R., et al. Infant feeding patterns and risks of death and hospitalization in the first half

of infancy: multicentre cohort study. Bulletin of the World Health Organization. 2005;83(6):418–426

#Ro

otofscience

Pindaan Akta Kebankrapan 1967

Nota Pindaan Akta Kebankrapan  1967 (Akta 360) :-

Terdapat lapan (8) pindaan besar yang perlu kita tahu:-

1) Nilai minima untuk memulakan tindakan kebankrapan dinaikkan dari RM30,000 kepada RM50,000. 

2) Perlindungan Penjamin Sosial. Penjamin sosial diberikan pelindungan mutlak (tidak boleh dibankrapkan) kerana tidak mendapat sebarang keuntungan atau faedah daripada pinjaman yang dibuat oleh peminjam. Contoh : Pinjaman Pelajaran dan Pinjaman kereta. 

3) Terdapat mekanisme penyelamat sebelum seseorang dibankrapkan. Penghutang boleh berbincang dan berunding untuk penyelesaian sebelum dijatuhkan hukuman bankrap. Penghutang perlu memfailkan Penyata Hal Ehwal dan menyatakan jumlah Pemiutang yang ada. Perunding yang dilantik akan memfailkan Perintah Interim untuk penangguhan kes di Mahkamah selama 90 hari untuk berbincang dengan pihak Pemiutang. Peranan tersebut lebih kepada peranan seperti AKPK ketika ini. 

4) Pelepasan Tanpa Bantahan Pemiutang. Sebelum ini, Penghutang tidak terlepas dari kebankrapan sekiranya mereka meninggal dunia, penjamin sosial, pesakit kronik atau OKU. Selepas akta ini dipinda, pelepasan tersebut tidak boleh dibantah oleh pemiutang.  

5) Tabung Bantuan Insolvensi. Tabung Bantuan Insolvensi akan diwujudkan untuk tujuan menambahbaik dan memantapkan lagi pentadbiran kes-kes kebankrapan.  Buat masa ini, perkara tersebut juga ada disebut di dalam Seksyen  77 tetapi seksyen tersebut dibaca sebagai “ Investment of surplus funds”. 

6) Pelepasan automatik. Dalam pindaan baru nanti, orang yang bankrap boleh dilepaskan dari kebankrapan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh pemfailan Penyata Hal Ehwal. Buat masa ini, orang yang bankrap hanya boleh dilepaskan dari kebankrapan dalam tempoh lima (5) tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman. Walaubagaimanapun, pelepasan ini tertakluk kepada perkara-perkara berikut:-

a) Memenuhi sasaran yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi;

b) Sibankrap memfailan penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap 6 bulan; dan

c) Tertakluk kepada bantahan pemiutang untuk kesalahan di bawah s. 421-424 Kanun keseksaan dan lain-lain bantahan.

7) Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang perlu diserahkan secara penyampaian Kediri.  Buat masa ini, tiada peruntukan di dalam Akta Kebankrapan. Ianya hanya ada di bawah seksyen  109 “Bankruptcy Rules”. Klausa ini bakal dimasukkan dalam Akta Kebankrapan.

8) Sistem Satu Perintah Kebankrapan diperkenalkan. Buat masa ini, terdapat dua (2) Perintah Kebankrapan iaitu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman. Orang awam ramai yang tidak tahu bahawa mereka telah bankrap kerana dalam tajuk Perintah tersebut tidak menyatakan bahawa mereka telah bankrap. Untuk memudahkan orang awam faham, selepas ini hanya akan ada satu perintah yang dikenali dengan perintah kebankrapan. 

Kredit kepada FB Tuan Fadil Mohd Yusof

Kemangkatan Sultan Kedah 😢

Innnalillahiwainnailayhiraji'un
Al Fatihah

Sembah Takziah

Kemangkatan KDYMM Tuanku Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah jam 2:30 petang tadi di Istana Anak Bukit.
-------------

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

Nasi Ayam Sempoi I Am Me 😘

Hari ni saya sempat masak nasi ayam jer. Bagi saya nasi ayam menu yg paling mudah dan ringkas 😊

Jom saya belanja gambaq sikit nasi ayam sempoi nie 😘

DI MANAKAH SUARAKU SEBAGAI ISTERI?

Ramai isteri yg terpaksa telan semula segala apa yg ingin diluahkan kepada suami.. Walaupun ada ketikanya hati memberontak ingin menyatakan pendapat atau meluahkan rasa hati, tapi semua tersangkut di tekak kerana khuatir jelingan tajam atau hamburan kata-kata kasar yg akan diterima.. Suami langsung tak boleh ditegur.. Kalau ditegur alamatnya berperanglah selepas itu.. Tingginya ego suami sehingga tak mampu isteri nak capai.. Akhirnya isteri tenggelam dalam air mata sendirian terkapai-kapai.. Bila bercakap, salah.. Tak bercakap juga salah.. Apakah memang suratan seorang wanita itu hilang suaranya bila bersuami? Langsung tak boleh didengari atau difahami isi hati?
Suami mungkin sempurna nafkah zahirnya.. Nafkah batin juga terlaksana setiap kali dipinta.. Tapi suami lupa, membahagiakan dan menggembirakan hati isteri juga nafkah batin yg utama.. Jangan ingat dah lepas nafkah zahir dan jimak, maka selesai tanggungjawab seorang suami tanpa peduli lain kehendak? Nanti ALLaH akan tanya satu persatu.. Ketika itu bukan bibir yg bersuara tapi tangan, mata dan anggota lain yg akan bercerita.. Kita boleh cakap kepada kaum isteri, mengadulah kepada ALLaH.. Berceritalah kepadaNya.. Tapi jangan kita lupa bahawa kita hanya manusia.. Mencari kekuatan dlm berdo'a itu amat payah.. Berserah dan redha itu amat susah.. Hati dan perasaan sesama manusia juga perlu diambil kira.. Manusia itu sifatnya lemah..

Duhai suami.. Suami yg zalim itu bukan hanya suami yg tak bertanggungjawab atau kaki pukul bantai, tapi suami yg mendera emosi isteri juga dikira seorang yg zalim.. Adakah dikira menang dan hebat ego suami itu jika berjaya melukakan hati sehingga menitiskan air mata seorang isteri?

Kredit : Mizan As -Syatirie