Selamat Hari Raya Qorban


Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qorban.
Bersamalah kita mengingati dan mengambil iktibar dari pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan anaknya Nabi Ismail A.S.

Tahun nie saya balik kampung suami di Melaka untuk menyambut Hari Raya Qorban tahun nie.
Kenalah ikut turn kan ^_^
Kebiasaannya Hari Raya Qorban lebih meriah di Pantai Timur dan di Utara tanah air.
Kalau balik kampung saya di Kedah nun sana
Hari Raya Qorban disambut sama seperti Hari Raya Aidil Fitri.
Seronok kan....mestilah seronok ^_^

Buat sesiapa yang pulang ke kampung tue
Berhati-hati di jalan raya.
Kalau penat memandu tue....jangan lupa berhenti sekejap
rehatkan badan dan mata yang letih tue

Selamat bercuti semua.
Esok saya dah start cuti ^_^
Jumpa next week

Wordless Wednesday-Mengapa Yahudi Bijak

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua satu artikel yang saya baca dari satu laman ini
Bersama-samalah kita mendapat pengetahuan dari artikel ini
yang elok kita jadikan panduan yang buruk diharap kita tinggalkan
mari kita baca artikel ini sama-sama yer

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! 

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Servis Tabung Haji Memang Terbaik

Salam pagi Selasa buat semua
Minggu lepas saya balik kampung Alor Setaq
tujuan balik menziarah mak dan ayah
Ayah saya dapat peluang menunaikan fardhu Islam yang kelima
menunaikan Haji.....Alhamdulllillah ader rezeki Ayah utk ke sana buat kali kedua selepas menunaikan Umrah pada tahun 2007
Kami adik-beradik hantar ayah dari rumah lebih kurang pukul 4.30 pagi ke Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang
Sampai sana lebih kurang 6.30 pagi.....nak tau kenapa lambat
halnya sesat jalan....kelakar x
set kat GPS airport Bayan Lepas....mmg la x jumpa Kompleks TaHa....hehehhehe
Dah sampai sana, ayah kena pi check-in....rupa2nya check-in kat sana dah x perlu check-in kat airport
baru la kita org tahu
so at the end x dpt la nak jumpa Ayah sebelum dia berangkat ke tanah suci Mekah
huhuhhhuu.....sedih la jugak

tapi servis dan layanan dari kakitangan Tabung Haji memang terbaik
keep up the good work guys



nielah Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang

masa nie tengah dok tunggu dengan harapan dpt jumpa Ayah sebelum berangkat ke airport Bayan Lepas


abang-abang ku dan adik bongsu saya yang dok tengah busy dgn handphone masing2
dah boring sangat la tue ^_^


si aidil dok sibuk dengan belon Boboiboy dia

Menu tgh hari sabtu

Hari nie cuti hujung minggu nie sempat la masak-memasak tuk family tersyg
hari nie masak yg simple dimple jew
masak asam pedas melaka ikan kembung....en husben punyer favorite....al-maklum la org melaka
ditambah ikan sardin goreng dan jering muda....request hencik husben


utk kami yg mmg teringin sangat nak mkn laksa dari semalam
so terjadilah laksa johor
dapat la mkn dgn sepuasnya
setakat nie bole masuk sepinggan jew
InsyaAllah satgi nak pie hantar kat jiran sebelah-menyebelah
pakat2 la rasa sorang skit ^_^


bahan2 hiasan laksa


kuah  laksa dengan spaghetti

Jemput lah makan semua yew ^_^

The 10 most educated countries in the world

Dah lama x menulis kat blog nie
Petang2 nie klu minum teh bersama pisang goreng yg still panas2 tue....heaven kan ^_^
sambil dok surfing internet ptg2 kat ofis nie
saya tertarik dgn 1 artikel dari Yahoo News nie
tentang 10 negara yg educated kat dunia nie
Negara2 tue ialah :

1. Canada


> Populasi penduduk dgn tertiary education : 51%
> Average annual growth rate (2000 - 2010) : 2.4% (5th lowest)
> GDP (Gross Domestic Product) per capita : $39,050 (11th highest)

2. Israel


> Populasi penduduk dgn tertiary education : 46%
> Average annual growth rate (2000 - 2010) : N/A (naper xder maklumat...something fishy)
> GDP (Gross Domestic Product) per capita : $26,531 (13th lowest)


3. Japan


> Populasi penduduk dgn tertiary education : 45%
> Average annual growth rate (2000 - 2010) : 2.9% (10th lowest)
> GDP (Gross Domestic Product) per capita : $33,785 (18th highest)


4. United States


> Populasi penduduk dgn tertiary education : 42%
> Average annual growth rate (2000 - 2010) : 1.3% (2nd lowest)
> GDP (Gross Domestic Product) per capita : $46,548 (4th highest)


5. New Zealand


> Populasi penduduk dgn tertiary education : 41%
> Average annual growth rate (2000 - 2010) : 3.5% (13th highest)
> GDP (Gross Domestic Product) per capita : $29,711 (17th lowest)


6. South Korea



> Populasi penduduk dgn tertiary education : 40%
> Average annual growth rate (2000 - 2010) : 5.2% (6th highest)
> GDP (Gross Domestic Product) per capita : $28,797 (16th lowest)

7. UK



> Populasi penduduk dgn tertiary education : 38%
> Average annual growth rate (2000 - 2010) : 4.0% (10th highest)
> GDP (Gross Domestic Product) per capita : $35,756 (15th highest)

8. Finland



> Populasi penduduk dgn tertiary education : 38%
> Average annual growth rate (2000 - 2010) : 1.8% (4th lowest)
> GDP (Gross Domestic Product) per capita : $36,307 (14th highest)


9. Australia



> Populasi penduduk dgn tertiary education : 38%
> Average annual growth rate (2000 - 2010) : 3.2% (12th lowest)
> GDP (Gross Domestic Product) per capita : $40,790 (6th highest)


10. Ireland



> Populasi penduduk dgn tertiary education : 37%
> Average annual growth rate (2000 - 2010) : 7.3% (the highest)
> GDP (Gross Domestic Product) per capita : $40,478 (7th highest)

Tak sangka rupanya negara yg paling educated adalah Canada
Bagus2 satu pengetahuan baru hari nie ^_^