Simple DIY Ironing Board Cover

Salam Ramadhan buat semua Muslim yg menjalani ibadah berpuasa  ^_^
Dah hari keenam kita berpuasa, mcm mana dgn puasa anda semua di luar sana???
Hopefully still maintain yer ^_^

Hari nie nak citer pasal hari Jumaat yang lepas saya ader pegi jejalan di Plaza Alam Sentral.
Tujuannya tak lain dan tak bukan nak cari fabrik heavy cotton untuk buat projek handmade saya iaitu cover ironing board saya yg dah lusuh & dah terkoyak dek terlupa nak switch off kan iron.

Jangan lupa switch off iron yer, kang jadik tragedi lain pulak kan.
Bila dah sampai Plaza Alam Sentral tue saya pun terus la pegi ke Nagoya nak carik fabrik yg berkenan di hati.

Tapi ku kecewa sebabnya takde satu pun yg berkenan di hati, sebabnya kat Nagoya tue banyak fabrik utk dibuat pakaian and langsir.

Saya pun mula la terfikir kenape tak pegi jer Tewah kat Tesco tue.
Sebab last saya pegi beli fabrik cotton untuk buat sarung bantal, corak-corak kat situ memang cute2 and byk pilihan.

So saya pun bergegas la ke sana, ternyata tidak menghampakan saya ^_^
Banyak fabrik heavy cotton dengan corak2 yang cute. So at the end saya grab one metre warna biru with cute birdy, semeter harganya RM13.50. Tambahannya pulak saya beli cotton flannel utk buat barut baby, semeter RM6.50. So total kesemuanya RM20.00, okay la tue around my budget pun ^_^

So semalam pagi lepas sahur and solat subuh saya pun potong la kain and jahit, jadi la DIY Cover for Ironing Board nie. Tadaaaa ^_^


Tutorial die saya ambik dari U Handbag simple, cepat and jimat ^_^


Hari Jumaat hari tue barang yg saya order dari Fueja Collection pun sampai
Nak tau tak barang aper ^_^
Telekung handmade dari fabrik jersey
Harganya murah and berbaloi
Tak dapat beli telekung dari fabrik lycra sebab harganya yg not in my range, dpt beli telekung dari fabrik jersey pun okay  jugak ^_^
Selesa and berbaloi dgn harganya RM65.00 included postage


Bagi sesiapa yg ingin dapatkan telekung handmade nie bole la lawati FB


Amalan-amalan Di Bulan Suci Ramadhan


pic ihsan drpd pakcik google

Salam Ramadhan buat semua yang gojes ^_^
Macam mana puasa anda semua di hari pertama ini?

Segala puji bagi Allah SWT yang menjadikan bulan Ramadhan lebih baik daripada bulan-bulan lainnya dengan menurunkan Al-Quran dan mewajibkan puasa bagi kaum Muslimin sebagai salah satu rukun Islam. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW yang telah menyampaikan kepada kita bagaimana sebaiknya menghidupkan bulan-bulan yang penuh barakah ini.

Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, "Rasullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda :

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah SWT mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat dalam bulan ini malam yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang tidak memperoleh kebaikannya, maka ia tidak memperoleh apa-apa."
Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nasa'i.

Amalan-amalan yang dianjurkan di bulan Ramadhan :
1. Puasa : Allah SWT memerintahkan berpuasa di bulan Ramadhan sebagai salah satu rukun Islam

Puasa di bulan Ramadhan merupakan penghapus dosa-dosa yang terdahulu apabila dilaksanakan dengan ikhlas berdasarkan iman dan hanya mengharapkan pahala dari Allah SWT, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda :

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala dari Allah SWT, nescaya diampuni dosa-dosanya telah lalu."

2. Membaca Al-Quran : Membaca Al-Quran sangat dianjurkan bagi setiap Muslim di setiap waktu dan kesempatan. Rasulullah SAW bersabda :

"Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi ahlinya (iaitu, orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)
Hadis Riwayat Muslim.

Dan membaca Al-Quran lebih dianjurkan lagi pada bulan Ramadhan, kerana pada bulan itulah diturunkan Al-Quran.

3. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan solat Tarawih berjamaah.

4. Menghidupkan malam-malam Lailatul Qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Lailatul Qadar terjadi di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, pada malam-malam ganjil, iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29.

Menghidupkan Lailatul Qadar adalah dengan memperbanyakkan solat malam, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan membaca selawat.

5. I'tikaf di malam-malam Lailatul Qadar : I'tikaf dalam bahasa adalah berdiam diri atau menahan diri pd suatu tempat, tanpa memisahkan diri. Dlm istilah syar'i, i'tikaf bererti berdiam diri di masjid untuk beribadah kpd Allah SWT dgn cara tertentu sebagaimana telah diatur oleh syariat.

6. Memperbanyakkan bersedekah.

7. Melaksanakan ibadah umrah : salah satu ibadah yg sangat dianjurkan di bulan Ramadhan adalah melaksanaka ibadah umrah & Rasulullah SAW menjelaskan bahawa nilai pahalanya sama dgn melaksanakan ibadah haji.

Semoga kita mendpt taufik & hidayah dari Allah SWT utk mengamalkannya agar kita mendptkan kebaikan & keberkatan di bulan Ramadhan. InsyaAllah

Salam Ya Ramadhan ^_^

pic ihsan dr pakcik google

Esok 10hb Julai 2013 bersamaan dgn 1 Ramadhan 1434H kita akan menyambut puasa selama sebulan.
Saya dengan ini mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua umat Islam
tak kira di mana anda semua berada.
Marilah kita sama-sama tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan yg mulia.

Salam Ramadhan buat semua kengkawan ^_^