Hari nie dok intai2 facebook saya terpanggil untuk berkongsi satu cara yg mungkin belum ramai yg tahu tentang khasiat pokok rumput yg selalu kita cabut dan buang begitu saja.
Sebab kita sendiri pun tak pernah terfikir yg pokok rumput nie ada khasiat yg tersendiri.
Saya kongsikan info ini dari salah seorg pengguna FB iaitu Nur Farhana Noor Musa.
Dia menceritakan ketika mamanya diserang denggi, ada auntie sebelah katil mamanya selalu minum air hijau yg dikatakan minuman herba. Ada satu hari anak lelaki auntie tue bawa pokok dan tunjukkan kpd mamanya, kaum Cina selalu gunakan pokok tue sbg rawatan denggi. Tujuannya untuk naikkan platlet darah pesakit. Mama dia pun cuba dan Alhamdullillah selepas sehari mencuba, platlet darah mamanya naik dan esoknya dibenarkan keluar wad.
Dia ada mengajar cara2 untuk sediakan air herba tue :
Kisar pokok tersebut yg dipotong sehingga ke akar umbi dgn gula perang. Kemudian tapis dan minum.
Rasanya???? Macam air tebu katanya.
Berapa sudu gula???? Secukup rasa. jangan sampai kena kencing manis.
Inilah gambar pokoknya.
Nama saintifik : Vernonia cinerea
Nama tempatan : Rumput tahi babi, Rumput sepagi
Pic ihsan dari
www.forestexplorers.com
Gambar dari jarak dekat
Nama lain : Bunga sawi langit
Pic ihsan dari
http://adrydaud.blogspot.com
Bagi yg dah baca sudi2 lah share info ini agar dapat membantu mana2 individu yg menghidap denggi.
Kita berusaha dan tawakal. Allah jua Maha Penyembuh.