Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu
yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si
ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan
kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik
sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara
sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru
melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg
dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan,badan ibu sudah adjust
sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan
baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap
kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak (walaupun tak
sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan
penghasilan susu badan, antaranya ialah :
1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
2.
Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri
yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih
banyak penghasilan susu.
3. Jarak antara penyusuan
mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi
peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
4.
Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana
perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan
untukmenyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan
rehat yang secukupnya.
5.Dinasihatkan tidak memberi
bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti
makanan tambahan, jus2, air masak atau buah-buahan kepada bayi berumur
kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan
kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu
pada ibu.
6. Penghasilan susu juga boleh terjejas
akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh
melakukan perkara-perkaraberikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
7.
Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua
belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium
bayi.
8. Petua masyarakat kita:
* Cekur Manis
Cekur
manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalamperubatan tradisional
untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah
dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. -Portal
herba
melur.com
* Kacang Tanah
Kacang
tanah mengandungi protein yang tinggi, zat besi,vitamin E, kalsium,
vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protein dalam kacang
tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia
juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu
badanibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang
dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang
tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini
* Air Longan
Longan
kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedaiubat cina. Rebus
segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3cawan air
sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina,longan
dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
* Halba dan Jintan Hitam
Terdapat
beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalammasakan dapat
menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba bolehdidapati
di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba,
keringkan,kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling
sesuaimengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan
merendamkansesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis
dan minum airnyasahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil
untuk tujuan dankaedah yang sama seperti halba
* Bunga Melur
Bunga
melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyakdigunakan dalam
perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakatindia.
Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan
airsusu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan
ditampalsekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih
sebelum menyusukanbayi.
Bagi ibu yang berhasrat
memberhentikan susu ibu pula,gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini.
Caranya, tumbuk lumat daunnya danditampal pada payudara. Lobak putih
sangat bagus untuk ibu menyusu.Jika anda menambahkan sotong kering ke
dalam sup lobak putih, ia berupayamenambahkan lagi susu badan. Walaupun
bersifat sejuk, ia mengandungi banyakvitamin dan mineral. Sumber
potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.
* Lobak Putih
Tidak
perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mknulam!) lobak putih
dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisanbawang besar
beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
* Pucuk Betik
Air
rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkansusu bagi ibu-ibu
yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapahelai daun
betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminumdua
hingga tiga kali sehari.
* Tuaman Daun Sirih
Sapukan
sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudianlayurkan pada api
sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukansetiap hari
sehingga susu badan anda banyak
* Jantung Pisang
Jantung
pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesanuntuk menambahkan
susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.Makan dengan
dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulaimasak
lemak cili api.
* Makanan Tinggi CLA
Ibu
menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugatedlinoleic acid
(CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalamsusunya.
Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam
penjagaankesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan
berat badan danpengurangan risiko sakit jantung.
Dalam
kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakananini, susu perahan
ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapatimempunyai
kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makanbiskut
biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28jam
ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang
tinggi secara semulajadinya terdapatdalam makanan seperti susu, keju,
telur, minyak sayuran dan sesetengah jenisdaging (ayam, daging lembu dan
kambing yang makan rumput - bukan bijirin).Kebanyakan kajian tentang
CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakansupplement komersial.
* Kurma
Unsur
zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurmaadalah unsur yang
paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yangmempunyai
masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat
menggalakkanpertambahan kandungan susu
Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu
1. Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang, dal.
2. Jambu batu – makan begitu sahaja.
3. Sawi, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda – gorengatau sup.
4. Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air ataugoreng.
5. Oat – dijadikan minuman, biskut, bubur atau salutan padamakanan
sebelum dimasak.
6. Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman, sapuan padaroti atau cicah pada lempeng susu beroat
7. Red raspberry leaves – suplemen dari farmasi
8. Barli – air atau bubur barli.
9. Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
10. Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
11. Daun kucai – goreng bersama tauge dengan tauhu dantempe.
12. Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe
13. Air horlicks
14.
Susu, produk tenusu dan pil kalsium (ibu menyusu akanmenyalurkan
kalsiumnya pd anak yang disusuinya. Ini akan menyebabkan ibu
kurangkalsium. - Kalau taknak tulang reput cepat n gigi goyang berderai
cepat, mknlahkalsium ya!)
15. Teh hijau jepun
16. Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulutdan sebagainya.
17. Bawang putih mengandungi banyak sulfur yang bagus untuksendi dan membantu penghasilan susu.
18. Kacang merah : rebus kacang merah tanpa gula. Minum airdan kacangnye sekali.
19. Ubat homeopati.
Makanan
- Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
- Bayam
- Broccoli; sumber kalsium yang baik.
- Sawi
- Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkanditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
-
Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagaiulam, rebus
atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawangputih,
ikan bilis/ udang kering.
- Kacang Hijau; bubur kacang hijau
- Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susukambing
- Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya danrebus, makanlah bersama-sama nasi.
- Petola, daun turi; masak lemak manis
- Kacang Buncis
- Kacang Dal; makan dengan roti canai
- Pucuk betik
- Roti; segala jenis roti especially roti planta
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Madu; sebagai pemanis dalam minuman
- Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
- Ikan Tenggiri
- Sengkuang Cina
- Biskut bijirin -
- Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yangdalam tin / di proses
- Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)
Minuman
- Air masak; minum lebih 3 liter sehari
- Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
- Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitusahaja / direbus
- Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudukecil dengan air suam
- Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
- Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
- Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
- Soya
- Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
- Air Kelapa
-
Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenamaseason F&N atau
buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikitgula
-
Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhanamuda. Air
rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
-
Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus.Campurkan dengan
satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkanlobak putih
dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susuminum.
- Milkmaid tea
- Melilea Organic Soya Drink
- Autumnz Organic Nursing Tea
- Joy Angel Nursing Tea
Makanan Tambahan
- Pil Kalsium
- Obimim
- Omega 3
- Vitamin C
- Jamu yang membanyakkan air susu contoh PIL ASI, jamu nonaroguy (phytonatal)
- Alfalfa (Shaklee)
- Bidadari (DCL)
- GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC
- Habatussauda
- Organic Spirulina
- Melilea Greenfield Organic
- ML; Goat's Rue Vegetarian Capsules
- ML; More Milk Plus Vegetarian Capsules
- ML; More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)
Zikir dan Doa
-
Berzikir dgn kalimah "YA MATIN" (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali
setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan
subuh.Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam
segelas air laludiminum.
- Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya
ALLAH...permudahkanlah segalaurusan kehidupanku, banyakkanlah susuku
untuk bayiku, dan permudahkanlahperjalananku untuk menyusukan anakku
agar menuruti segala yang telah Engkausyariatkan...AMIN..."
- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
-
Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan padapayudara, usap, dan
doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita &supaya kita
mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hinggasekurang-kurangnya
umurnya 2 tahun...InsyaAllah
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika
Nabi Musa memohon supayadiberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman:
"Pukullah batu itu dengantongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu
terpancutlah dari batu itu dua belasmata air sesungguhnya tiap-tiap satu
puak (di antara mereka) telah mengetahuitempat minumnya masing-masing.
(Dan Kami berfirman): "Makanlah danminumlah kamu dari rezeki Allah itu,
dan janganlah kamu merebakkan bencanakerosakan di muka bumi".
Lain-lain Amalan
- Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susukeluar dgn laju
- Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalampantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
- Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlahyang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
- Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkanperjalanan urat-urat payudara.
-
Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak ditelifon bimbit atau
bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanyadalam hidup.
-
Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dandibanyakkan
air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkanselepas
solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
-
Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akanmenyebabkan hormon
oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu.Bawa bayi
tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
-
Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehinggabayi sendiri yang
melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan
meransanglebih banyak penghasilan susu.
- Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi
Wajib ditinggalkan
- Minuman Ais
- Minuman bergas
Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.
"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"