Salam gojes, apa kabar anda semua hari ini????
Harap sihat2 selalu.
Hari nie saya nak share sedikit pengetahuan dengan ibu-ibu mengandung di luar sana tentang amalan doa dan zikir semasa kita mengandung.
Mari kita sama2 amalkan ^_^
pic credit to hencik google
1. Rajin2 la baca surah Al-Fatihah
2. Baca Ayatul Kursi sekali setiap pagi dan petang, sebelum tidur dan setiap kali selepas solat fardhu.
3. Baca surah Al-Baqarah ayat 285 sampai 286 di waktu siang dan sebelum tidur.
4. Baca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas sebanyak 3 kali setiap pagi, petang dan sebelum tidur serta sekali selepas solat fardhu.
5. Baca surah As-Saffat ayat 1 hingga 10
6. Baca surah Al-Mukminun ayat 97 hingga 98 (ayat ini juga dibaca sebelum kita memulakan solat bagi menghindarkan diri dari gangguan syaitan)
7. Baca surah Al-Baqarah ayat 185
8. Baca surah Al-Faathir ayat 11
9. Baca surah Al-Zalzalah
10. Memperbanyakkan ucapan
11. Memperbanyakkan doa Nabi Yunus