Sedapnyer Dapat Makan Petai

Hari nie lunch kat ofis jer sebab malas nak drive.
Nasib baik la kat kantin ofis hari nie ader menu petai goreng ikan bilis....nyum....nyum...
Makin berselera la ibu mengandung nie makan nasik
Makan nasik dengan petai goreng ikan bilis plus ikan bilis tamban goreng
perghhhh memang terbaeekkkk ^_^

Sebab suker makan sesangat petai goreng bilis, maka saya pun menggunakan hencik google tuk carik resepi feveret saya nie.
Lepas nie bole la buat sendiri pulak ^_^


Resepi nie diambil dari tuan tanah :


Ikan Bilis Goreng Petai

Bahan-bahan :
Ikan bilis ** kenalah ader bahan utama nie
Petai yg dihiris nipis
10 bijik cili padi 
3 ulas bawang merah
sedikit belacan
1/2 asam keping
Garam dan gula

Cara-caranya :
Ikan bilis digoreng garing dan diketepikan. Petai dihiris nipis bersama-sama kulit, kemudian digoreng garing dan ketepikan.

Tumbuk cili api, bawang dan belacan. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan asam keping, garam dan gula.

Last sekali, masukkan ikan bilis dan petai yg digoreng tadi. Kacau rata dan tutup api. Sedia untuk dimakan. ^_^

So sesaper yg suker makan petai tue bole la try resepi yang simple nie.

1 comment:

  1. suka makan sambal petai udang tapi tak suka makan petai hehe

    ReplyDelete