Cara Yang Betul Memberi Susu Kepada Bayi



Cara yang betul bila memberi minum susu kepada bayi :

~ Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.

~ Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.

~ Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi. (Anda digalakkan membeli puting susu yg berbentuk Y, jenama Pigeon atau Pureen ade menjual puting susu berbentuk tersebut. Mengelakkan pengaliran susu yg laju sebab bila baby hisap susu tersebut akan keluar, ie mimik puting susu ibu)

~ Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi. (Hal ini mengelakkan puting susu anda drpd melecet, baru la dapat menyusukan baby sepenuhnya tanpa mengalami trauma)

~ Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan. (Kalau x larat boleh susukan baby secara baring mengiring)

~ Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.

No comments:

Post a Comment