Setuju Tak Majikan Kena Denda RM500,000 Kalau Pembantu Rumah Indonesia Kena Buat Kerja Lain


Hari nie dalam Harian Metro Majikan yang menggaji pembantu rumah Indonesia dan mengarahkan mereka menjalankan kerja selain drpd di rumah boleh kena denda sekurang2 nya RM500,000 atau kena penjara 3 sampai 20 thn.

Ader berani....hehe

Perkara yg Majikan tak bole sesuka hati suruh pembantu rumah Indonesia seperti yg termaktub dlm Akta Anti Pemerdagangan Org & Anti Penyeludupan Migran 2007, ialah :

  • suruh pembantu rumah tolong majikan bekerja kat pasar malam or kedai runcit
  • suruh pembantu rumah jaga org sakit kat rumah lain selain rumah majikan dia
  • suruh pembantu rumah kerja kat rumah lain even though kat rumah sedara mara sendiri

study

The smallest Guinness Record

Salam semua,

Di petang2 yg sentiasa mendung nie klu layan pisang goreng n air kopi panas sedap nie ^_^

Comel kan keta nie
Bole dibawa ke mana2 n nak parking pun senang
Kat mana2 celah pun buley parking
Amat convenient tuk sape yg dok kat bandar besar nie...yg susah nak carik parking
Hehehehe

Perry Watkins ialah British Inventor yg mencipta kereta terkecil di dunia.
Kereta yg cumils nie mempunyai ketinggian 104.14cm, 66.04cm lebar dan 132.08cm panjang

SEA Games 26 - Pencak Silat Final (Indonesia - Thailand) - what a shame ...

Sukan SEA tahun nie mmg panas walaupun skang nie kat malaysia hari2 hujan
mana x panasnyer.....penyokong indonesia mmg sentiasa bikin panas
x payah kata penyokong peserta2 dia pun bole tahan bikin panas
rasanya Indonesia belum bersedia n x sepatutnya jadi penganjur Sukan SEA tuk tahun nie
i think the worst penganjur kot....
apa2 pun jom kita layan video nie...
klu nak ketawa tue silakan..
saya tgk pun nak ketawa guling2.....hahahhaha


what an attitude
mcm mana la indonesia bole masuk final...
yg paling x patut biler indonesia diisytiharkan menang oleh pengadil
patutkah indonesia menang hanya dgn melarikan diri
what a coward....shame on indonesian team
sikap penyokong indonesia yg anti malaysia
dgn pelbagai sikap dia org terhadap pasukan malaysia
amat menjengkelkan
please show some respect to others countries
n please act as civilised persons

Umat Islam diumpan Injil bertenaga solar

Assalamualaikum n selamat pagi peeps....
Selamat hari isnin....hari yg malas for me to start working
Biasa la kan lepas dua hari cuti kan...kan....wekk
Tadi saya ader bacer satu artikel pasal mcm mana umat Islam diumpan...
Umpan aper....umpan ikan....hehehhehehe
Jom kita sama2 bacer n jadikan iktibar....smoga kiter smua dijauhkan dari tipu daya dajjal
Semoga Allah sentiasa memelihara kita

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

Katanya, cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain.

Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi.

Tawaran hiburan

Menurut jawapan Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain.

Katanya lagi, bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka.

“Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam.

“Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA.

“Menterjemahkan Injil ke dalam bahas Melayu,” jawapan itu dipetik.

Selain itu, Hasan juga berkata penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Sehubungan itu, menurut Hasan bagi mencegah orang Islam daripada murtad, JAIS akan memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan.

Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

Sumber dari Yahoo News Malaysiastudy

studystudywekkwekkhehehehe

Athletes and social butterflies, holler with a Like!


tolong saya klik link kat bawak yer
tima kacih yahoo

Athletes and social butterflies, holler with a Like!: Be part of the official Puma community in Malaysia and click ‘Like’ on the Puma Malaysia Facebook page to get the latest news and promos. Find out how you can receive invites to the Puma Social Finale party too!yahooyahooyahoo

Biler Harimau Mengauauuum.....ngauuummm



pic credit to harian metro

aku bukanlah peminat bola sepak....tapi aku suker tgk gelagat org yg menonton game bola sepak...mcm2 ader kekadang tue bole buat aku tergelak sorang2
tak payah tgk kat luar sana tue pun...kat dalam rumah aku pun ader sorang yg mmg minat giler tgk bola especially biler team favorite die...x lain n x bukan si merah menyala...the red devil n sejak dua menjak nie dah jadik peminat setia pasukan kebangsaan kita yg x laen n x bukan harimau malaya
tiap kali balik alor star mesti dia confirm nak pie padang besar...nak beli jersi harimau malaya...kat rumah dah mcm2 jenis kaler dah dibuatnyer collection
semlm die keje shift petang siap call mlm tadi nak tau result malaysia lawan indonesia....suker bebenor la die bila malaysia menang 1-0
aku pun suker malaysia menang...baru ternganga penyokong indonesia
dah la x hormat masa lagu Negaraku siap buat bising lagi
biler la penyokong indonesia nie nak berubah....lebih kuah dari sudu
apa2 pun tahniah buat team malaysia yg berjaya kalahkan team indonesia
Malaysia Boleh....

tak sabar nyer nak tunggu.....


kami dah x sabar nie nak tengok citer nie...x bole skip tgk citer nie...tiap2 thn mesti tgk....acara wajib nie....paling suker tengok musti la edward cullen....pakwe i yg handsome nie....pakwe ker....kihkihkih....perasan
lagi 2 hari citer nie akan ditayangkan di pawagam
x sabar rasanyer nak tgk
harap2 xder la jalan citer nye menghampakan i
tgk trailer mcm best jer
yg plg best part dia org pegi honeymoon ler....hehehehhe
dahsyat sungguh si edward nie....kihkihkih

Fotografi Perkahwinan oleh Amay Hamidi: Pakej 2012

Dok tgh berfesbuk kejap sambil2 buat keje nie...intai2 kat group kelab blogger...sekali terjumpa satu member blogger nie Amay Hamidi
So buat sesape yg merancang nak carik photographer tuk majlis bersejarah dlm hidup korang....cer la tgk page die yer


Fotografi Perkahwinan oleh Amay Hamidi: Pakej 2012

Pengguna Malaysia Tertipu, TV LED Hanya Terdapat Di Jepun!


TV LED mmg cantik la gambar die....canggih la.....bla...bla....dan mcm lagi. Kat rumah aku pun dah sebijik tv LED brand Sony.....smart TV la katakan.............dok2 godek2 kat page PPIM aku jumpa artikel nie
Rupa2nya ramai dah tertipu dengan beli TV LED yang sebenornye adalah LCD, sbb TV LED hanyalah dari Sony dan hanya terdpt di Negara pengeluar, iaitu Jepun.
TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.
Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.
Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran. ”Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.
”Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,” katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini. Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.
Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.
Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya. ”Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD ‘kahwin’ LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura.
”Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,” katanya. Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.
Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED.
Sumber dari PPIM
Nampaknye laki aku pun dah kena kencing la nie....tapi x bole nak salahkan akak yg dok promote kat kedai letrik tue....ntah2 dia sendiri pun x tau apo kebende nye LED ngan LCD tue....hehehhe

Waspada Penularan 'Agama Baru' Dalam Bentuk Kebebasan Hak Asasi Manusia



Orang ramai perlu diingatkan supaya berwaspada dengan penularan nilai-nilai Barat iaitu kebebasan hak asasi manusia yang kini menjadi seperti agama kedua kepada masyarakat Malaysia.

Masyarakat negara ini termasuk orang-orang Melayu hendaklah berhati-hati dengan konsep yang diagung-agungkan Barat itu kerana istilah itu diwujudkan mengikut pemahaman tamadun mereka.

"Bila pernah mereka berkata tentang Islam? Bila pernah mereka berkata pasal adat? Memang tidak ada. Jadi kita orang Melayu dan penduduk Malaysia harus memikirkan bahawa hak asasi manusia bukan agama sebab itu kita tidak perlu ikut setiap apa yang mereka suruh buat,".

Undang-undang yang wujud dan Perlembagan yang ada telah memperuntukkan kebebasan yang sesuai dengan iklim kebudayaan di Malaysia, oleh itu Rais berkata tidak perlu rakyat negara ini terlalu mengikut bulat-bulat konsep-konsep baru yang diperkenalkan dari Barat.

Penularan konsep baru ini menjadi semakin bahaya, Barat terlalu banyak memperkenalkan perkara-perkara baru dan akhirnya, konsep yang sama juga sedang meruntuhkan tamadun mereka.

"Kita harus sesuaikan dengan keadaan kita. Koridor pembangunan negara ini dibuat bukan mahu mengikut Barat tetapi kena ikut acuan masyarakat kita,".

Orang Melayu sedar bahawa kesatuan itu sangat penting, tetapi mereka sendiri tidak mahu mengambil iktibar mengenai kekuatan bilangan mereka, sebaliknya terikut-ikut dengan rentak politik mereka yang ganas dan kasar.

"Mereka perlu bersatu di bawah gagasan perjuangan politik Malaysia dan tidak menghabiskan masa memecah belah, yang sekaligus melemahkan kesatuan bangsa Melayu itu sendiri,".


Sumber oleh PPIM

Consumer Black List (CBL) akan dilancarkan


Selama ini hanya kita sbg pengguna yang menerima pelbagai padah disenaraihitamkan oleh pelbagai organisasi seperti syarikat bebas CTOS, Bank Negara CCRIS, syarikat-syarikat kredit, CIDB dan lain-lain agensi, sampaikan Abang Long pun ada senarai blacklist dia org sendiri.
So skang nie dah sampai masa tuk organisasi pengguna seluruh negara dan seluruh dunia bersatu, bergabung, dan melancarkan CONSUMER BLACKLIST bagi menyenaraihitamkan mana-mana organisasi, syarikat, pertubuhan dan individu yang menekan, menipu, memperdaya, mencengkam malah membunuh pengguna secara sedar mahupun tidak.
Perkara nie dah disuarakan dengan lantang oleh To'Ki dalam Radio Bernama. PPIM akan menjadi sekretariat bagi menjayakan usaha nie dengan menyediakan laman-laman interaktif bagi seluruh para pengguna berbilang kaum, agama dan bangsa membuat aduan dan kenyataan. Mana-mana pihak yang didapati menipu, memperdaya para pengguna akan disenaraihitamkan dan nama-nama mereka akan disenaraikan di seluruh media-media bersekutu yang kini menjangkau lebih 25 juta pengikut dari pelbagai organisasi bersekutu yang memperjuangkan pelbagai isu dan kepentingan masyarakat.

CONSUMER BLACK LIST (CBL) "Bukan Sekadar Gosip"


Sumber dari PPIM

Tips : Elak Kecurian, Dirompak Dan Dirogol Dalam Rumah Sendiri


Tadi dok tgh belek2 kat page PPIM terjumpa tips nie....dah la skang byk btul kes2 pecah rmh....bkn stakat rmh....kedai mamak pun kena samun....so mari ler kita reramai ambik tips nie....mana la tau dpt tlg kita one day nanti.
Tips menghalang kecurian.
(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).
(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).
(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00 malam).

Cef Riz bawa malu kena terima padah, kata Cef Wan

Oleh Debra Chong
KUALA LUMPUR, 10 Nov – Duta Makanan Malaysia  Datuk Redzuawan Ismail, yang popular dikenali sebagai Cef Wan menggunakan laman sosial Facebook untuk melahirkan rasa kecewa dan memarahi anak lelakinya, Mohd Nadzri Redzuawan atas kesilapan memberi maklumat berkaitan dirinya dalam program MasterChef Malaysia.
Program itu disiarkan oleh Astro Ria sejak 22 Oktober lalu.
Menurut Cef Wan, tindakan memberi maklumat ‘berlebihan yang tidak sepatutnya’ bukan sahaja memalukan Nadzri, yang turut dikenali sebagai Cef Riz, malah keluarga personaliti TV itu.
Cef Wan memberitahu peminat dan pengikutnya bahaw beliau hanya mengetahui mengenai isu Cef Riz malam tadi apabila ditemu bual menerusi program televisyen AS, The Today Show.
“Apabila saya diberitahu berita tentang anak saya, saya memberitahu dia bahawa ia bukan sahaja memalukan dia tetapi juga (mengaibkan) saya dan keluarga, dia mesti meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesilapan dan berhadapan dengan kesan,” kata Cef Wan.
Bintang program Best Wan siaran Asian Food Channel ini tidak mempertahankan tindakan anaknya.
Sebaliknya tegas beliau, “biar orang bertindak ke atasnya,  padan muka dia.”
“Sebagaimana saya selalu mahu bertindak jujur tentang apa yang saya perkatakan, saya memberitahu dia malam tadi bahawa ini tindakan paling buruk berbanding seorang guru menangkap anak muridnya berbohong di kelas. Amat memalukan,” katanya lagi.
Cef Wan juga berkata: “Sebagai seorang ayah, saya tidak boleh selalu bertanggungjawab ke atas anak-anak saya yang dah besa-besar ini punya perbuatan.”
Cef Riz, salah seorang juri program itu, merupakan satu-satunya anak lelaki Cef Wan.

Marilah Kita Renung2 kan n Selamat Beramal



Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.


Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil memberi salam. 

Maka terdengarlah ucapan dari dalam,
"Silakan masuk"

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya
berderai tatkala ia berkata, 
"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." 

"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

"Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik..

"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina".

Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, 
"Dari perzinaan itu saya pun... hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, 
"Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"...teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa.. 

Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu.. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. 

Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,
"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" 

Nabi Musa terperanjat. 
"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?"
Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. 
"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" 

"! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. 

"Dosa apakah itu?" tanya Nabi Musa.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan
tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. 

Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.


Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah. 

♥ Ustaz Azhar Idrus ( Original ) ♥

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."

SUMBER: najmie kuantan