Waspada Penularan 'Agama Baru' Dalam Bentuk Kebebasan Hak Asasi Manusia



Orang ramai perlu diingatkan supaya berwaspada dengan penularan nilai-nilai Barat iaitu kebebasan hak asasi manusia yang kini menjadi seperti agama kedua kepada masyarakat Malaysia.

Masyarakat negara ini termasuk orang-orang Melayu hendaklah berhati-hati dengan konsep yang diagung-agungkan Barat itu kerana istilah itu diwujudkan mengikut pemahaman tamadun mereka.

"Bila pernah mereka berkata tentang Islam? Bila pernah mereka berkata pasal adat? Memang tidak ada. Jadi kita orang Melayu dan penduduk Malaysia harus memikirkan bahawa hak asasi manusia bukan agama sebab itu kita tidak perlu ikut setiap apa yang mereka suruh buat,".

Undang-undang yang wujud dan Perlembagan yang ada telah memperuntukkan kebebasan yang sesuai dengan iklim kebudayaan di Malaysia, oleh itu Rais berkata tidak perlu rakyat negara ini terlalu mengikut bulat-bulat konsep-konsep baru yang diperkenalkan dari Barat.

Penularan konsep baru ini menjadi semakin bahaya, Barat terlalu banyak memperkenalkan perkara-perkara baru dan akhirnya, konsep yang sama juga sedang meruntuhkan tamadun mereka.

"Kita harus sesuaikan dengan keadaan kita. Koridor pembangunan negara ini dibuat bukan mahu mengikut Barat tetapi kena ikut acuan masyarakat kita,".

Orang Melayu sedar bahawa kesatuan itu sangat penting, tetapi mereka sendiri tidak mahu mengambil iktibar mengenai kekuatan bilangan mereka, sebaliknya terikut-ikut dengan rentak politik mereka yang ganas dan kasar.

"Mereka perlu bersatu di bawah gagasan perjuangan politik Malaysia dan tidak menghabiskan masa memecah belah, yang sekaligus melemahkan kesatuan bangsa Melayu itu sendiri,".


Sumber oleh PPIM

No comments:

Post a Comment