KESAN BURUK TIDUR BERLEBIHAN

Assalamualaikum & Good Morning
Hari nie kita bercerita tentang kesan buruk yg kita dpt jika kita tidur berlebihan.
Seelok-eloknya kita nie jangan la berlebih-lebihan dlm apa yg kita lakukan, bersederhana itu lebih baik.

Waktu tidur individu yang mengalami hipersomnia biasanya boleh mencecah lebih daripada 12 jam, sedangkan pola waktu tidur yg normal & anjal untuk orang dewasa adalah dalam lingkungan 6 hingga 8 jam sehari.


i) Kencing Manis

Terdpt beberapa kajian membuktikan bahawa individu yg tidur lebih lama drpd waktu yg sepatutnya cenderung menghidap penyakit kencing manis. Meskipun diketahui ia adalah penyakit turun-termurun tetapi, dgn mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendpt penyakit ini cukup tinggi.


ii) Sakit Jantung

Sekiranya anda biasa tidur lebih dari 8 jam setiap hari maka risiko utk menderita sakit jantung adalah tinggi. Berdasarkan beberapa penelitian yg dijalankan, jumlah tidur 9 hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yg sepatutnya.


iii) Mudah Lupa

Waktu tidur yg lebih dari 8 hingga 9 jam sehari boleh meninggalkan kesan negatif ke atas tubuh badan. Pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekaligus mengakibatkan masalah ingatan. Jika tdk ditangani segera, ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.


iv) Kenaikan Berat Badan

Kadar metabolisme dlm badan sangat perlahan ketika anda sedang tidur. Disebabkan itulah bagi individu yg mengamalkan tidur berlebihan berisiko tinggi utk mengalami obesiti sehingga 21 peratus berbanding mereka yg mendptkan tidur secara normal.

Sumber dari Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment