Turunkan Berat Badan Anda Dalam Masa 6 Minggu

Assalamualaikum and Good Morning semua
Hari nie saya nak share satu information dengan korang semua.
Terutama korang yang teringin sangat nak kuruskan badan dan ditambah2 lagi puasa pun dah tak lama, hanya lagi 3 bulan jer.


Buat pertama kali dlm sejarah, semalam pagi saya ade join program senamrobik yg memang selalu diadakan di Laman Budaya, Shah Alam pada setiap pagi Ahad bermula jam 8.00 pagi.
Instruktor yg dok ajar senam tue ade inform yg sesape berminat utk kuruskan badan before puasa bole la join.
Sila2 lah rajinkan diri anda semua untuk join, okay.
Borang akan diedarkan pada 30hb Mac 2014 iaitu pada pagi hari Ahad.
Setiap minggu selama enam minggu akan diadakan 3 sesi senaman.
Sesi senaman tersebut akan bermula pada minggu hadapan.


Jurulatih bertauliah ini akan mengajar kita teknik senaman dan cara pemakanan yang betul untuk mendapatkan berat yg ideal buat kita.
Dan sememangnya ia bukanlah free of charge yer adik2. Bayaran akan dikenakan, iaitu RM10/- bagi setiap sesi.
Bagi saya kalau nak dibandingkan program kuruskan badan oleh jurulatih terkenal rasanya lagi mahal la kan.
So sape2 yg nak kuruskan badan atau nak kenal fit, jom la join, tak rugi pun.
Yang penting anda sihat dan cantik gojes gitu.
Bulan puasa pun dah tak lama, mesti hari raya pun nak pakai yg cantik2 kan
Tak teringin ker kamu2 kat luar sana tue
Jangan dok bertangguh, korbankan skit kemalasan korang yer
(^________^)

1 comment: