Review MyKori Dessert Cafe

Assalamualaikum dan Selamat Petang Kesayangan.

Hari yang panas terik ini sedap rasanya kalau dapat dijamukan dengan ABC - Air Batu Campur sejuk tekak saat ais kepal itu menusuk masuk ke rongga tekak ini. Jom, saya nak ceritakan tentang salah satu tempat yang menyediakan ais kepal versi yang lebih "urban" iaitu MyKori Dessert Cafe.

MyKori Dessert Cafe adalah kafe yang dijenamakan oleh Mykori Holdings Sdn Bhd yang telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2016. Jenama kedai pencuci mulut ais / cafe premium utama di Malaysia. Mykori Dessert Café adalah versi abad ke-21 dari Rumah Pencuci mulut Jepun tradisional di Malaysia (kini hanya di Lembah Klang) dan mendapat populariti sejak 2016 dari kedai pertama mereka yang terletak di Bandar Puchong Jaya. Ini menjadikan kafe utama mereka di Kuala Lumpur. Baru-baru ini pada suku tahun keempat tahun 2017, ia telah melebarkan sayapnya ke sejumlah 8 outlet iaitu Puchong Jaya, Jalan Lama Klang, SS15 Subang Jaya, SS2 Petaling Jaya, Kota Kemuning Shah Alam, Mahkota Cheras, Setapak dan Setia Alam. Dan tidak lama lagi untuk ke tahun 2019, jenama Mykori Dessert Café yang paling dinanti-nantikan ini mempunyai pelan untuk mengembangkan jenama itu ke seluruh negara. Lokasi seperti Pulau Pinang, Ipoh, Genting Highlands, Johor & Melaka semuanya dalam perancangan syarikat tersebut. Namun demikian, Mykori Dessert Café juga akan berkembang pesat ke bandar-bandar utama di Lembah Klang pada tahun 2018 ini sendiri.

Saya dan keluarga telah berkunjung ke outlet MyKori Dessert Cafe Kota Kemuning kerana jaraknya yang lebih dekat dengan tempat tinggal saya. Hanya dalam tempoh 10 minit sahaja dari rumah saya. Untuk outlet Kota Kemuning kedainya berhadapan dengan kawasan tasik Kota Kemuning. Terletak di aras satu bangunan kedai. Mempunyai kemasan dalaman yang ringkas dan selesa serta dilengkapi perabot dari IKEA.


 


 Saya membuat pesanan untuk Chocolate Banana Taiyaki. Teksturnya seperti roti canai yang rangup di luar dan mempunyai filling pisang dan coklat. Rasanya sedap dan penyediaannya yang ringkas serta tidak terlalu manis.




Suami saya pula mencuba Melon Kakigori sejenis dessert yang disediakan dari ais kisar diletakkan ke dalam rock melon dan dilapisi dengan melon yang dibentukkan bulat ditaburi dengan kepingan badam. Rasanya sedap dan menyegarkan tekak serta tidak terlalu manis.

 


Anak-anak saya pula memilih untuk mencuba Chocoreo Kakigori. Bagi kanak-kanak yang meminati oreo dan makanan yang manis sudah pasti akan memilih kakigori yang ini. Bagi saya yang tidak gemarkan manis sudah tentu ini bukan pilihan saya. 




Bagi peminat-peminat dessert boleh mencuba di outlet-outlet MyKori Dessert Cafe yang berdekatan.
Sila lawati laman web MyKori Dessert Cafe

Tips : Sila bawa wang tunai yang mencukupi dan enjoy!!!

Review/Testimoni Hair Wax atau Candywax by Rheavernoz

Assalamualaikum dan Selamat Malam kesayanganku.

Sudah lama saya tidak menulis di sini memandangkan rutin yang agak sibuk. Secara jujurnya kebanyakan dari kita pada hari ini banyak menghabiskan masa menggunakan Facebook dan Instagram. Saya pun begitu jua.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu produk "hair wax" yang banyak dijual di pasaran sekarang. Kegunaannya sudah pasti untuk menanggalkan bulu-bulu di bahagian tubuh kita. Tahukah anda penggunaan "hair wax" ini adalah mudah digunakan jika anda tahu caranya. Bagi saya yang sudah agak lewat untuk mengetahui kewujudan "hair wax", saya amat menyukai penggunaan 'hair wax" berbanding pencukur sedia ada atau krim penanggal bulu. Sebab utama "hair wax" dapat menanggalkan bulu-bulu yang tidak diingini sehingga ke akar dan hasilnya pertumbuhan bulu yang lebih halus. Bagi anak-anak muda yang sudah mencapai akil baligh seeloknya gunakan "hair wax" untuk tanggalkan bulu-bulu yang tidak diingini daripada menggunakan kaedah yang konvensional seperti pencukur dan krim penanggal bulu. Kerana anda akan mendapati kulit yang halus dan tidak terhasilnya kesan hitam di kawasan-kawasan yang tidak diingini.

Saya sudah mencuba hair wax dari Rheavernoz teksturnya yang sedikit cair tidak begitu pekat berbanding cold wax yang saya gunakan sebelum ini dari jenama Wawa Wax. Saya akan ceritakan tentang Wawa Wax pada post akan datang. Didatangkan dalam bekas yang mudah untuk dipanaskan di dalam microwave jika anda sukakan tekstur yang cair, sebab saya sukakan tekstur yang cair bagi memudahkan penyapuan ke atas bahagian yang ingin saya buang bulunya.

Tada, inilah rupa bekas "hair wax" dari Rheavernoz, ia lebih dikenali dengan panggilan "Candywax"
 
 

Selepas ini anda pasti seperti profesional yang mahir dalam menanggalkan bulu-bulu seperti profesioanl di Bubblegum Wax. Anda tidak perlu berhabis ratusan ringgit untuk mendapatkan servis "waxing" sebab anda sudah mampu melakukan sendiri di rumah dan yang pasti aurat anda terjaga.


Sila beli yang original yang mempunyai sticker hologram. Jangan beli yang tiruan saya takut tidak berkesan nanti.


Jangan risau disertakan manual penggunaan beserta kain penanggal bulu dan dua batang "stick" kayu untuk membantu anda menanggalkan bulu-bulu yang tidak diingini dengan mudah dan berkesan.


Harga sudah tentu mampu dimiliki iaitu RM35 sahaja. Dengan berat kandungan 450gm mampu bertahan lebih dari 3 bulan sebabya bulu-bulu akan tumbuh semula dan panjang dalam jangka masa 4 minggu ke atas bergantung juga dengan sistem badan kita.

Akhir kata jom kita ramai-ramai amalkan menggunakan "hair wax" di rumah bagi tujuan penjimatan.