Review MyKori Dessert Cafe

Assalamualaikum dan Selamat Petang Kesayangan.

Hari yang panas terik ini sedap rasanya kalau dapat dijamukan dengan ABC - Air Batu Campur sejuk tekak saat ais kepal itu menusuk masuk ke rongga tekak ini. Jom, saya nak ceritakan tentang salah satu tempat yang menyediakan ais kepal versi yang lebih "urban" iaitu MyKori Dessert Cafe.

MyKori Dessert Cafe adalah kafe yang dijenamakan oleh Mykori Holdings Sdn Bhd yang telah ditubuhkan di Malaysia pada tahun 2016. Jenama kedai pencuci mulut ais / cafe premium utama di Malaysia. Mykori Dessert Café adalah versi abad ke-21 dari Rumah Pencuci mulut Jepun tradisional di Malaysia (kini hanya di Lembah Klang) dan mendapat populariti sejak 2016 dari kedai pertama mereka yang terletak di Bandar Puchong Jaya. Ini menjadikan kafe utama mereka di Kuala Lumpur. Baru-baru ini pada suku tahun keempat tahun 2017, ia telah melebarkan sayapnya ke sejumlah 8 outlet iaitu Puchong Jaya, Jalan Lama Klang, SS15 Subang Jaya, SS2 Petaling Jaya, Kota Kemuning Shah Alam, Mahkota Cheras, Setapak dan Setia Alam. Dan tidak lama lagi untuk ke tahun 2019, jenama Mykori Dessert Café yang paling dinanti-nantikan ini mempunyai pelan untuk mengembangkan jenama itu ke seluruh negara. Lokasi seperti Pulau Pinang, Ipoh, Genting Highlands, Johor & Melaka semuanya dalam perancangan syarikat tersebut. Namun demikian, Mykori Dessert Café juga akan berkembang pesat ke bandar-bandar utama di Lembah Klang pada tahun 2018 ini sendiri.

Saya dan keluarga telah berkunjung ke outlet MyKori Dessert Cafe Kota Kemuning kerana jaraknya yang lebih dekat dengan tempat tinggal saya. Hanya dalam tempoh 10 minit sahaja dari rumah saya. Untuk outlet Kota Kemuning kedainya berhadapan dengan kawasan tasik Kota Kemuning. Terletak di aras satu bangunan kedai. Mempunyai kemasan dalaman yang ringkas dan selesa serta dilengkapi perabot dari IKEA.


 


 Saya membuat pesanan untuk Chocolate Banana Taiyaki. Teksturnya seperti roti canai yang rangup di luar dan mempunyai filling pisang dan coklat. Rasanya sedap dan penyediaannya yang ringkas serta tidak terlalu manis.




Suami saya pula mencuba Melon Kakigori sejenis dessert yang disediakan dari ais kisar diletakkan ke dalam rock melon dan dilapisi dengan melon yang dibentukkan bulat ditaburi dengan kepingan badam. Rasanya sedap dan menyegarkan tekak serta tidak terlalu manis.

 


Anak-anak saya pula memilih untuk mencuba Chocoreo Kakigori. Bagi kanak-kanak yang meminati oreo dan makanan yang manis sudah pasti akan memilih kakigori yang ini. Bagi saya yang tidak gemarkan manis sudah tentu ini bukan pilihan saya. 




Bagi peminat-peminat dessert boleh mencuba di outlet-outlet MyKori Dessert Cafe yang berdekatan.
Sila lawati laman web MyKori Dessert Cafe

Tips : Sila bawa wang tunai yang mencukupi dan enjoy!!!

No comments:

Post a Comment