Review Kesedapan Sushi Q Berjaya Kalahkan Sushi King

Assalamualaikum dan selamat pagi. Menulis di saat ini pada pukul 4.57 pagi memandangkan saya terbangun dari tidur dan sekarang mata pun tak nak tidur.

19hb Oktober 2018, Jumaat saya sempat menyinggah ke cawangan Sushi Q di Atria Shopping Gallery, Damansara Jaya. Ini merupakan kali kedua saya ke sini. Bagi saya sushi dari Sushi Q lebih sedap berbanding sushi dari Sushi King. Walaupun tidak begitu banyak pilihan sushi tetapi rasa sushinya memang berbaloi dan sedap. Sushi Q mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang. Anda yang suka makan sushi boleh cuba dan boleh klik Sushi Q untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menu dan outlet mereka.

Rak display sushi cantik tersusun dan tempat makannya juga santai tapi saya terlupa untuk snap gambar. So sorry.



Saya memilih tiga jenis sushi iaitu spicy egg mayo inari, ebiko sushi (my kids favorite) dan salmon mentai sushi. Dinikmati dengan secawan air teh hijau panas memang syok sangat.




Dan saya akhiri dengan pemanis mulut mochi manis berintikan kacang merah dan bijan kalau tak silap saya.




Review Paramount Coffee House

11hb Oktober 2018

Saya dan rakan-rakan saya berkesempatan untuk makan tengahari di Paramount Coffee House, Vista Alam, Shah Alam dimiliki oleh Ustaz Ebit Lew. Boleh dikatakan bukan makan tengahari pun pada waktu yang agak lewat, lebih kepada minum petang.

Saya memilih untuk mencuba 'Hot Green Tea' kerana tertarik dengan persembahannya yang menarik.
Teksturnya ringan dan tidak terlalu manis bagi tekak saya dan dengan harga RM9.90.



Manakala dua lagi rakan saya memilih untuk mencuba 'Mix Fruit Waffle'. Waffle yang dihias dengan pelbagai jenis buah-buahan segar, diletakkan aiskrim dan sos coklat. Wafflenya juga sedap, bertambah sedap kalau sos coklatnya lebih banyak, baru UMMMPPPHH.



Hiasan dalaman Paramount Coffee House memang menarik dan yang paling best sambil makan dan minum kita dialunkan dengan irama muzik yang romantik, memang sesuai untuk pasangan meluangkan masa bersama.


 

Laksa Ah Cheng The Best Asam Laksa

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pada hari Ahad yang lepas tanggal 30hb September 2018, saya berpeluang menjamu selera di Ah Cheng Laksa, Subang Parade. Ini merupakan cawangan yang ke 26 Ah Cheng Laksa. Saya kebiasaannya makan asam laksa Ah Cheng di pasaraya Giant Seksyen 13 Shah Alam.
Ah Cheng Laksa memang terkenal dengan 'specialities dish' mereka iaitu asam laksa. Terkini mereka telah menambah kepelbagaian dalam menu mereka.


Nombor Giliran menggunakan nama-nama tempat di Kedah


Asam Laksa Legend


Longan